Johan Tolak Tawaran Berlakon Kerana Sibuk Menjadi DJ Radio

Hiburan

Johan Tolak Tawaran Berlakon Kerana Sibuk Menjadi DJ Radio

Johan Raja Lawak, agak lama kita tidak melihat lakonan beliau di kaca televisyen bukan? Antara filem yang masih kami ingat ialah dimana Johan berlakon dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah dan nampaknya beliau juga tidak muncul dalam mana-mana drama atau filem terbaru.

Sedar ramai yang merindukan beliau berlakon, Johan menjelaskan tugas beliau sebagai penyampai radio di stesen Era FM merupakan punca beliau sudah lama tidak berlakon.

Advertisement

Bukan tidak rindu hendak berlakon tetapi komitmen pada radio membuatkan saya terikat kerana jadual bekerja yang tetap setiap hari

Walaubagaimanapun, Johan nampaknya sudah menemui jalan penyelesaian apabila beliau kini sedang aktif menerbitkan drama dibawah syarikat produksi miliknya JWH Production dimana beliau bebas untuk menyusun jadul penggambaran sendiri tanpa menyusahkan orang lain.

Alhamdulillah sebelum ini saya pernah menerbitkan program untuk Astro iaitu ‘Acaner Tu Johan’ dan tahun ini menyasarkan untuk menghasilkan drama pula.

Dengan cari ini saya boleh buat semua perkara termasuk mengarah dan berlakon dalam projek terbitan syarikat saya mengikut kesesuaian jadual saya.

Sudah beberapa lama juga Johan tidak dapat membuat persembahan bersama Zizan Razak sebagai kumpulan Jozan dan kali ini beliau merasa teruja apabila mereka berdua bakal menjadi hos bersama di Anugerah Meletop Era 2015 yang bakal diadakan pada tanggal 22 Februari di Stadium Putra Bukit Jalil.

Buat masa ini, Johan bertugas menerusi slot Johara Pagi Era bersama Hanif dan Ray pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 pagi hingga 10 pagi.
Sudah menjadi rezeki Johan untuk terus bertugas sebagai penyampai radio kerana ramai pendengar merasa ceria di pagi hari mendengar lawak dan celoteh beliau di Era FM. Namun, ianya satu usaha yang bagus apabila beliau kini telah mempunyai syarikat produksi sendiri untuk mengukuhkan lagi nama beliau dalam industri hiburan.

Sumber Berita:mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...