Johan & Ozlynn Pernah Gadai Barang Kemas Untuk Hidup

Hiburan

Johan & Ozlynn Pernah Gadai Barang Kemas Untuk Hidup

Didalam setiap kejayaan yang dikecapi sekarang, pasti ada kesusahan yang ditempoh dahulu sebelum berjaya. Begitu juga dengan pelawak terkenal Johan Raja Lawak dan isterinya Ozlynn yang pernah melalui zaman dimana mereka kenal erti merasa susah.

Dalam satu temubual di portal Utusan Online, Ozlynn mengakui merasa bangga dengan Johan dan menganggap suaminya itu anugerah yang terbaik dari Tuhan kepadanya kerana Johan seorang lelaki yang baik dan selalu mendahulukan keluarganya dalam setiap perkara.

Advertisement

Ozlynn juga memberitahu pada satu ketika dahulu, beliau terpaksa membenarkan Johan untuk menggadai barang kemas yang merupakan hadiah perkahwinan mereka demi sesuap nasi.

Sama seperti isteri lain, tentunya melihat kejayaan suami sendiri mendatangkan kepuasan buat diri ini. Maklumlah, kami pernah susah bersama-sama. Tidak ramai yang tahu, pernah satu ketika, saya terpaksa membenarkan dia menggadai barang kemas hadiah perkahwinan untuk makan seharian. Bayangkan, bagaimana susahnya kami waktu itu

Namun saya bersyukur sangat. Melewati waktu sukar itu, Allah limpahkan rahmatnya. Hubungan yang baru saja kami bina itu menjadi semakin kukuh dan utuh. Malah, kami jadi semakin sayang, tidak pernah bergaduh walaupun dalam keadaan langsung tidak berduit.

Tambah Ozlynn lagi, mereka juga terpaksa untuk memberikan air kotak soya sahaja kepada anak mereka  kerana pada waktu itu mereka tidak mempunyai wang yang cukup untuk membeli susu. Saat itu paling menyedihkan buat mereka.

Sikap positif yang dimiliki Johan jugalah yang membuatkan saya bersyukur apabila diberikan kesusahan di awal dahulu dengan dia. Pengalaman itu menjadikan kami saling menghargai .

Tiada rezeki yang datang bergolek,  kita harus berusaha untuk mengubah taraf kehidupan kita sendiri.  Bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah.  Kalau sudah berjaya jangan pernah lupa dimana kita bermula dahulu.

Sumber Berita: Utusan Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...