January 18th, 2017

Betapa murni dan baiknya hati, Johan Raja Lawak apabila beliau berhasrat untuk menyumbangkan sebahagian wang berjumlah RM100,000 yang dimenangi olehnya dalam program Super Spontan Superstar 2016. Menurut Johan, beliau akan menggunakan saluran yang betul agar sumbangan itu sampai kepada mereka yang memerlukan.

Buat masa ini, wang kemenangan berkenaan belum lagi saya terima, tetapi itulah niat saya jika ia diperoleh dalam masa terdekat.

Advertisement

Bukan itu sahaja, Johan juga ada memasang impian untuk membina masjid di kawasan yang memerlukan.

Sejak dulu lagi saya membayangkan, alangkah bahagianya jika saya memiliki duit yang banyak kerana niat saya adalah untuk mencari keberkatan hidup. Begitupun, hanya orang yang kaya mampu membina sebuah masjid. Namun, saya tidak bermaksud orang miskin tak boleh beramal sama kerana walaupun sedikit sumbangan kita, ia tetap diterima Allah.

Johan percaya dengan memberikan sesuatu dengan niat yang ikhlas, pasti rezeki seseorang itu akan bertambah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Advertisement

Comments are closed.

Loading...