Johan Dan Ayda Jebat Menang Top Top MeleTOP Dua Tahun Berturut-turut

Hiburan

Johan Dan Ayda Jebat Menang Top Top MeleTOP Dua Tahun Berturut-turut

Semalam, Anugerah MeleTOP ERA 2016 telah berlangsung dengan cukup gah dan agak meriah sekali di  Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur. Pelbagai kelainan  yang ditampilkan daripada segi persembahan untuk tahun ini.

Seperti yang dijangka, Johan serta Ayda sekali lagi merangkul gelaran Top Top MeleTOP untuk dua tahun berturut-turut dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Advertisement

Malah, malam semalam mereka juga menang besar dalam kategori lain. Johan turut mengungguli kategori Penyampai Radio MeleTOP, Couple MeleTOP (bersama isterinya Ozlyn), Program Radio MeleTOP (JoHaRa Pagi ERA bergandingan dengan Haniff dan Ray) dan Artis Lawak MeleTOP.

Ayda pula menang dalam kategori Penyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP (Siapa Diriku), Drama MeleTOP (MAID, turut dilakonkan Ayda sebagai heroin) dan Pelakon MeleTOP.

Berikut adalah senarai penuh pemenang  AME 2016 :

DRAMA MELETOP: M.A.I.D

ARTIS LAWAK MELETOP: Johan

HOS MELETOP: Dato AC Mizal

PELAKON MELETOP: Ayda Jebat

PROGRAM MELETOP: Gegar Vaganza 2015

LAGU MELETOP: Ayda Jebat – Siapa Diriku

PENYANYI MELETOP: Ayda Jebat

GRUP/DUO MELETOP: Akim & The Majistret

PENYAMPAI RADIO MELETOP: Johan

PROGRAM RADIO MELETOP: JoHaRa Pagi Era

FILEM MELETOP: Polis Evo

BINTANG FILEM MELETOP: Zizan Razak

 ARTIS BAHARU MELETOP: Mira Filzah

BINTANG ONLINE MELETOP: Datuk Siti Nurhaliza

 COUPLE MELETOP: Johan dan Ozlyn

 FESYEN MELETOP: Datuk AC Mizal

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...