Umum mengetahui pelakon, Johan As’ari sudah berhijrah dan kini begitu aktif mendalami ilmu agama.
Namun, sebagai seorang pelakon beliau tidak meletakkan sebarang syarat dan tidak menolak untuk melakonkan babak bersentuhan bersama pelakon wanita.
Buat Johan, beliau akan cuba merealisasikan setiap watak yang beliau bawa seperti yang dikehendaki dalam skrip. Malah, beliau juga tidak kisah jika ada sesetengah pihak ingin mengkritik beliau kerana perkara tersebut. Menurut Johan, setiap orang mempunyai pendirian mereka tersendiri.
Setiap watak yang diserahkan adalah amanah dan tanggungjawab saya sebagai pelakon untuk merealisasikannya. Saya juga perlu bersungguh-sungguh untuk menjiwai setiap watak yang diamanahkan.
Saya juga tidak kisah jika ada pihak yang tidak selesa dan mengkritik prinsip saya ini kerana itu hak masing-masing. Pada masa sama, saya juga melihat setiap watak dilakonkan adalah sebagai cara untuk berdakwah kepada masyarakat.
Terkenal menerusi watak Botak, Johan juga sudah mengidamkan untuk melakonkan watak antagonis.
Selama ini saya sering ditawarkan watak baik dan ustaz sedangkan saya merindui watak jahat.
Bak kata Johan setiap orang mempunyai prinsip yang berbeza, kalau Johan lebih selesa untuk berlakon dan menghayati watak yang diberikan tanpa meletakkan sebarang syarat, itu adalah haknya. Memang akan ada yang mempertikaikan tindakan dengan imejnya sekarang.