Written by AbangNara | December 25th, 2013

Ah,sedihnya perkhabaran yang diterima lagi ini. Kisah cinta Johan As’ari dan Lana Nordin akhirnya tamat. Puncanya? Tiada restu daripada orang tua Johan. Percintaan mereka baru sahaha mencecah usia sebulan.
lana nordin dan johan putus cintaBagi Abang Nara,Johan sepatutnya harus lebih bersabar dan berusaha untuk memenangi hati kedua ibu bapanya. Nampak seperti mudah sangat putus asa. Ikuti kata-kata Johan di bawah:-

Saya mohon maaf pada Lana,mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat.

Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin,ia berupa perkara besar dalam hidup.

Lagipun untuk berumahtangga,restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa ambil tindakan.

Memang benar restu ibu sangat penting dalam sesebuah perkahwinan. Namun Johan menegaskan perpisahan ini adalah berpunca dari dirinya,bukan ibunya.

Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas,tetapi disebabkan pelbagai isu timbul,saya membuat keputusan ini.

Saya masih muda dan ini Kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana.

Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan Dengan masalah.

lana dan johanAbang Nara pasti Lana Nordin sangat kecewa dengan apa yang telah terjadi. Iyerlah sebelum ini Johan beria benar ingin menjadikan Lana sebagai isterinya. Nampak gaya memang tiada jodoh. Namun Abang Nara pasti ramai lagi lelaki di luar sana yang mengimpikan Lana Nordin menjadi kekasih/isteri mereka. Sabarlah Lana!!!

125 responses to Johan As’ari & Lana Nordin Putus Cinta

  1. peanut says:

    x jadi pulak? itu namanya kulit kacang di kupas tapi isi lupa nak makan…
    bercinta dgn org tu, nak bertunang dgn org lain. kawin nanti pun mesti org lain. eee… x minat ahh dgn johan dah lepas ni. nyampah!

  2. Anonymous says:

    rasanya shahnaz lagi baik dari johan,at least nak kat shila bkn main2..panas baran pun kalau org sentuh hal peribadi dia,cuma dah lepaskan hal diorg,si johan ni mmg suka main2kan org..xde sifat gentleman langsung..xde pendirian..mcm lalang,kan bagus shahnaz ngn shila jew..

  3. ABC says:

    statement Johan anggap Lana kawan biasa. so tak payah la ada nak clash2 , berpisah bagai..ckp putus kawan ajer udahler..

  4. BuDin says:

    lol….dh cretttt blah laaa….power bak hang!!!

  5. hehehe says:

    kalau aku jadi shila amzah, confirm aku x hingin si johan ni lepas ni

  6. melor berbisa says:

    Johan : kalau rasa xmampu nak kotakan janji, jgn beri harapan. ikhlas tp tak berusaha pun xbole jgk.bl diketahui ramai dh mengaibkn byk pihak. awk pun dicop itu ini. suka ke cmtu?
    lana : be strong, janji Allah itu pasti.
    pihak lain : doakan kebahagian walaupun mereka xbersama.
    datin a.k.a mak johan : datin, tiada insan berdosa yg tak inginkan bahagia dan berubah.
    wallualam.
    saya – melor berbisa

  7. geram aku says:

    suka hati mak bapak tiri sedara kembar ko je kan Johan.. kalo tak matang lagi ko xpayah la nak bagitau nak kahwin. ni tak pasal2 lana dapat malu jadi mangsa

  8. cik tom says:

    patut si johan usaha tambat hati ibu dulu sebelum give up..ni xsmpi sebulan dah giveup…kalau xsure lg nak kahwin..xyah nak canang 1 malaysia..bila dah banyak case dgn pmpn ni..rs si johan ni mmg problem..bajet playboy boleh main2 kan perasaan pmpn…hmm..isk2…hrp lana tabah..

  9. karen says:

    kan aku dah cakap…so pompuan2 di luar sana tlg berhati2 ye! sudah dijangka mamat ni poyo. anyway kesian kat lana, sanggup berubah tetapi rupenya ditipu oleh janji manis si poyo ni plak. semoga lana tabah dan teruskan usaha berubah ye? insyallah jumpa yg lg best la dr mamat “poyo” nih!

  10. Sabar ye Cik Lana,terus penghijrahan wanita muslimah,didoakankan bertemu lelaki yang baik membimbing Cik Lana.Insyaallah.AMINN

  11. mama parodi says:

    Ish…korang ni kenapa ek? dah takde jodoh, putuslaaa…dah mak dia tak suka…nk wat mcm mana? kalau dh kawin kena cerai lagi la kesian kat lana…kalau mama jadi lana, mama redha je lah…kalau dh bakal mak mentua tak suka, blah je lah…ramai lagi yg suka kat lana nk buat menantu…ada laa hikmahnya kat lana dan kat johan…

    move on ok :-)

  12. ntah apa apa says:

    Dia ni bukan lalat tapi langau…aku tak kesahla dia nak buat apa pun tapi tolong la jangan guna sentiment agama…asal cakap petunjuk Allah..asal cakap guna nama Allah asal cakap mesti nak selit agama tapi perangai cam hampeh…
    Tolong sedar bahawa dosa menyakitkan hati sesama manusia dan berlaku zalim terhadap hati dan perasaan manusia juga di kira dosa besar apatah lagi mengaibkan sesama manusia..kata ilmu agama tinggi tapi perangai tak macam orang berilmu langsung..
    Ada Ustaz berkata “Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.” justeru kalau ada yang membunuh diri akibat gagal bercinta mungkin balasan dari tindakan mereka yang pernah meluka dan menzalimi perasaan hati dan cinta orng lain masa lalu..renung renungkan l

  13. ANON says:

    BOLEH X STOP CERITA PASAL MEREKA NI? SORANG X HENSEM, SORANG PERASAN LAWA SANGAT.. DAH DAH LA TUU

  14. Kemek Suhaiza says:

    mungkinkah johan nak meminang si noraida butang tercabut itu yg baru bergelar janda?

  15. Bunga says:

    Saya memahami merasai apa yang Lana alami.. bagaimana bila orang tuanya tidak merestui kita dan tidak berkenan kepada kita.. tetapi saya bukan mcm lana yg seksi saya btudung..tetapi sbagai perempuan apa yg dialami perasaan ttap sama… apa yg saya rasa apabila ibunya tidak menyukai saya pertama saya rasa terhina.. padahal keluarga bukanlah hebat sgt..sama je ng keluarga saya.. ttpi apabila ditolak mentah2 saya rasa mcm saya ni teruk.. n kedua saya rasa kecewa kerana sidia tidak bersungguh2 .. memang cinta tanpa restui keluarga tidak baik.. tpi baik ke selama ni bnyak memberikan harapan.. skrg saya dah bahagia walaupun msih single

  16. ahakss says:

    dah la tak hensem, bangsat la plak. belagak warak, lakonan ntah apa2 prasan bagus. blah la woiii

  17. Anonymous says:

    kena kau perempuan macam Rita Rudaini..siap kau Johan..!!!!