Umum mengetahui Johan As’ari sebelum ini pernah menyulam cinta dengan beberapa artis wanita dan hubungan yang paling mendapat perhatian media ketika Johan bercinta dengan Lana Nodin.
Terbaharu, Johan dikatakan sedang intim bersama pelakon Wan Sharmila. Mereka mula rapat ketika bergandingan menerusi drama Jejak Karmila yang masih lagi dalam penggambaran.
Beberapa sumber juga memberitahu mereka berdua kerap keluar bersama dan keluarga Johan juga ingin mengenali Wan Sharmila dengan lebih rapat.
Untuk pengetahuan anda, Wan Sharmila sudah lebih tujuh tahun bergelar janda.
Kalau sudah serasi apa yang ditunggu lagi bukan? Johan pun pernah mengakui beliau sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.