January 19th, 2018

Selalunya apabila kita buka akaun Instagram artis, pasti ia hanya dipenuhi dengan foto-foto “selfie” ataupun iklan untuk sesuatu produk.  Namun, buat pelakon Johan As’ari beliau banyak juga memaparkan video beliau sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan cukup merdu sekali.

Walaubagaimanapun, Johan mengakui merasa sedih dan kecewa kerana masih ada segelintir netizen yang mengkritik beliau hanya ingin meraih perhatian dengan memperdengarkan bacaan Al-Quran tersebut. Pada masa yang sama, Johan menafikan dirinya tidak boleh menerima teguran orang lain.

 

Saya bukannya jenis yang tidak boleh ditegur tetapi biarlah berhemah. Kita sebagai muslimin dan bangsa Melayu ada adab. Jadi, tegurlah dengan tertib. Disebabkan kecaman dan kritikan yang kasar, jujur saya rasa sedih dan kecewa apabila membacanya. Apa salahnya jika teguran itu ditulis dengan penuh rasa kasih sayang.

Mulut tempayan boleh ditutup tetapi mulut manusia ini memang tidak boleh dikawal. Dalam hidup ini, kita tidak boleh hendak puaskan hati semua orang, walaupun berbuat baik pasti ada yang ingin mencari kesalahan kita. Bersabarlah Johan apa yang penting hati yang ikhlas.

Sumber Berita : Utusan Online


31 responses to “Johan As’ari Kecewa Netizen Kritik Beliau Muat Naik Video Baca Al-Quran”

  1. Jobless says:

    geli tengok macam orang sewel . gila
    spesis pelakon yang tak boleh terima kenyataan tidak laku lagi

    jobless

  2. go ngaji go... says:

    Untuk elak di kata riak… amalkan live setiap hari….sampai mati…so.. lama2 orang x peduli….jangan stop ngaji quran live…. k… bye…sokong u all

Loading...