Johan As’ari Kagum Dengan Pelakon Lelaki Yang Elak Sentuh Wanita

Hiburan

Johan As’ari Kagum Dengan Pelakon Lelaki Yang Elak Sentuh Wanita

Beberapa pelakon lelaki yang cukup tegas dengan prinsip mereka untuk tidak menyentuh wanita bukan Muhrim ketika berlakon membuatkan Johan As’ari merasa kagum dengan mereka. Malah, beliau juga menyokong tindakan mereka apabila tidak selesa melakukan perkara berkenaan.

Advertisement

Tindakan pelakon-pelakon meletakkan syarat untuk tidak bersentuhan itu sesuatu yang bagus dan ia adalah hak mereka untuk berbuat demikian. Ketika ini pengarah drama susah boleh dibawa berbincang tentang apa yang boleh dan apa yang tidak, mereka boleh bertolak ansur.

Walaubagaimanapun, Johan buat masa ini belum lagi meletakkan sebarang syarat jika sesiapa ingin bekerja dengan beliau dan masih lagi cuba yang terbaik untuk membawa apa sahaja watak yang diberikan selagi sesuatu babak bersentuhan itu tidak melampau.

Bagi saya selagi babak itu tidak keterlaluan, boleh diterima dan tidak menjengkelkan, saya akan lakonkannya sehabis baik. Lagi pula kita ada sesi perbincangan dengan pengarah untuk menjayakan sesuatu babak dan dari situ juga kita boleh berbincang untuk kurangkan apa yang tidak sepatutnya.

Antara artis yang sudah mula meletakkan syarat untuk tidak menyentuh wanita lain adalah Nazim Othman dan Syarul Ridzwan.

Baru sahaja pulang daripada India serta Bangladesh selepas tiga bulan mendalami ilmu agama di sana, Johan menjelaskan beliau  tidak pernah menganggap dirinya seorang yang alim ataupun berniat mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Mengenai perkembangan karier beliau, Johan kini sedang sibuk mempromosikan filem Juvana 2 yang akan ditayangkan pada 29 Oktober ini.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...