Johan As’ari Dedah Budak Sekolah 15 Tahun Ajak Kahwin

Hiburan

Johan As’ari Dedah Budak Sekolah 15 Tahun Ajak Kahwin

Mengakui dirinya banyak menerima lamaran daripada pengikutnya di laman Instagram mahu menjadikannya sebagai calon suami, pelakon Johan As’ari tampil mendedahkan perkara itu kepada umum.

Johan As’ari Dedah Budak Sekolah 15 Tahun Ajak Kahwin

Advertisement

Menurutnya, bukan sahaja wanita dewasa melamarnya malah ada dikalangan pelajar sekolah turut mencuba nasib dan berharap dapat menjalinkan hubungan istimewa dengan pelakon Juvana tersebut.

“Orang biasa ajak kahwin tu biasalah. Tapi ada juga budak sekolah berumur 15 tahun ajak kahwin. Tapi biasalah budak-budak, saya tak layan cuma balas dengan senyuman sahaja. Budak-budak biasalah teruja lebih.

Ujar Johan, beliau juga langsung tidak marah kerana takut individu terbabit mungkin terasa hati dengannya. Malah mengakui, lebih baik meminati artis tempatan daripada gilakan artis luar.

Johan As’ari Dedah Budak Sekolah 15 Tahun Ajak Kahwin

Disoal mengenai karier seni, Johan memaklumkan dirinya kini berdepan cabaran dalam mengekalkan kariernya selepas hampir 10 tahun bergelar anak seni. Hal ini demikian kerana, beliau kini difahamkan perlu bijak mempromosikan diri memandangkan ramai muka baru berbakat besar.

“Lima tahun pertama saya umpama pisang goerang panas dan selepas itu tawaran semakin perlahan. Benarlah kata Datuk Rosyam Nor, saya kena rangka perancangan untuk terus kekal dalam industri.”

Sumber: mStar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...