Minggu hadapan, Johan As’ari bersama rakan-rakannya akan berkelana ke India selama 4 bulan untuk mendalami ilmu Al-Quran. Keputusan ini dilakukan demi menunaikan pesanan arwah ibunya. Pemergian Johan selain untuk mendalami ilmu Al-Quran adalah untuk mempertingkatkan ilmu hafazan dan mendekatkan diri kepada Allah. Johan juga bakal berpuasa dan menyambut Syawal di India.
Kata Johan:-
Insya Allah selepas segala urusan kerja yang tertangguh selesai, saya akan berangkat ke sana secepat mungkin. Sekarang saya perlu melunaskan tanggungjawab untuk satu fotografi filem Juvana 2 dan 3, kemudian baru boleh berangkat ke India. Saya akan menghabiskan masa selama 4 bulan di India, sekaligus mengambil peluang untuk mendekatkan diri dengan Allah.
Sebenarnya saya telah lama menanam azam untuk ke sana, namun ekoran berdepan dengan tanggungjawab kerja, hasrat itu terpaksa ditangguhkan. Tambahan arwah ibu sendiri pernah menyuarakan hasratnya untuk saya memperbaiki ilmu hafazan kerana telah lama ditinggalkan. Disebabkan itu, saya nekad mengambil keputusan untuk meninggalkan Malaysia demi mengejar ilmu di sana.
Saya akan berangkat ke India secara berkumpulan iaitu seramai tujuh hingga lapan orang. Di sana sudah ada rakan yang menunggu kami. Seorang daripada kami akan dilantik selaku ketua rombongan.
Selamat pergi dan selamat pulang Abang Nara ucapkan kepada Johan As’ari. Semoga pemergian anda dirahmati dan diberkati olehNya. Semoga mendapat apa yang dicari di sana. Apa-apa pun, jangan lupa untuk menjaga keselamatan ketika berada di negara orang. Selamat menimba ilmu. Good luck!!! Sumber Kosmo.