Johan As’ari Berdakwah Menerusi Lakonan

Hiburan

Johan As’ari Berdakwah Menerusi Lakonan

Ramai di luar sana yang meminat Johan As’ari bukan sahaja kerana lakonannya, tetapi kerana latar belakang pendidikannya. Untuk makluman, Johan pernah belajar di sekolah tahfiz Pondok Persantren As-Syuhada, Pasar Lubok Landai, Muara Bungo, Jambi, Indonesia pada tahun 2008 dan 2009. Dan baru-baru ini, Johan mengakui yang dia cuba berdakwah melalui cara tersendiri menerusi lakonannya.

johan

Advertisement

Kata Johan:-

Saya bukanlah hebat mana pun kerana hanya berjaya menghafal satu juzuk setengah kitab Al-Quran sahaja. Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini. Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri. Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan.

Berdakwah menerusi lakonan sememangnya satu usaha yang boleh dipuji. Kalau kena caranya, memang akan ada impak yang positif. Namun Abang Nara agak pelik kerana banyak jugak gambar-gambar mesra Johan As’ari bersama artis wanita lain. Itu pun kira berdakwah menerusi lakonan jugak ke? Sesiapa boleh terangkan kepada Abang Nara?

P.S: 24 gambar pertunjukan cahaya paling cantik di dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

164 Comments

  1. jojo

    February 16, 2012 at 4:56 pm

    dia nak jadi virus, menyuntik dakwah islamiah dalam dunia hiburan, tapi dia yang kene suntik dengan virus duniawi.

  2. biskut cotek

    February 16, 2012 at 4:08 pm

    janganlah cakap kalau pakai jubah macam mane nak g dakwah kat budak-budak.
    aku rase tak betol kat situ sebab jubah tu sunnah kalau tak salah aku.
    jangan lah nak cube cakap diri seniri nak buat dakwah pastu cakap tak sewai pakai jubah.
    tak kisah kau tak nak pakai jubah. sebab mesti kau fikir jubah tu ketinggalan zaman.
    aku rase ke kene istighfar.
    sebab dakwah dengan lakonan yang kau duk belakon ngan bukan muhrim tu dah terang-terang salah.
    peace.

    • hamba ILAHI

      February 24, 2012 at 1:57 am

      saja nak mencari ayat yang menghalalkan ‘dakwah katanya’..
      Ustaz Don antara ikon yang dah membawa dakwah dan pengajaran Fardhu Ain yang berkesan kepada msyarakat…
      dengan imej berjubah dan berserban..see?
      ikut hukum Allah dan sunnah nabi SAW..insyaAllah..
      semoga Johan sedar suatu hari nanti.
      .dan kita .cek niat, moga caranya sentiasa diredhai Allah dan matlamat juga tercapai..

  3. lindzynaira

    February 16, 2012 at 9:55 am

    ntah ape2 mamat ni….org lain pon skolah pondok x de pon dok heboh…

  4. mess

    February 16, 2012 at 2:39 am

    berdakwah la sangat siap kua dlm paper tdo atas riba nabila huda..poyo~

  5. infoserius.com

    February 16, 2012 at 1:15 am

    betul ke cara berdakwah tu.?

Loading...