February 14th, 2012

Ramai di luar sana yang meminat Johan As’ari bukan sahaja kerana lakonannya, tetapi kerana latar belakang pendidikannya. Untuk makluman, Johan pernah belajar di sekolah tahfiz Pondok Persantren As-Syuhada, Pasar Lubok Landai, Muara Bungo, Jambi, Indonesia pada tahun 2008 dan 2009. Dan baru-baru ini, Johan mengakui yang dia cuba berdakwah melalui cara tersendiri menerusi lakonannya.

johan

Kata Johan:-

Saya bukanlah hebat mana pun kerana hanya berjaya menghafal satu juzuk setengah kitab Al-Quran sahaja. Tetapi saya akan tetap berdakwah dengan cara yang tersendiri menerusi bidang lakonan yang saya ceburi. Itu niat yang dipegang, Harap-harap, orang luar tidak memandang skeptikal terhadap diri ini. Bayangkan, bagaimana kita mahu mendidik anak-anak remaja kita dalam kelab malam jika berpakaian jubah? Sudah pasti mereka tidak akan layan. Justeru itu saya mahu mendidik mereka menerusi cara saya yang tersendiri. Insya-Allah, jika kita jujur, maka kita akan peroleh hasil seperti yang diinginkan.

Berdakwah menerusi lakonan sememangnya satu usaha yang boleh dipuji. Kalau kena caranya, memang akan ada impak yang positif. Namun Abang Nara agak pelik kerana banyak jugak gambar-gambar mesra Johan As’ari bersama artis wanita lain. Itu pun kira berdakwah menerusi lakonan jugak ke? Sesiapa boleh terangkan kepada Abang Nara?

P.S: 24 gambar pertunjukan cahaya paling cantik di dunia.


164 responses to “Johan As’ari Berdakwah Menerusi Lakonan”

  1. cayang says:

    berdakwah tak payah la nk berpeluk berpegang tangan la B****! dgn orang ppuan bukan main lagi…kenapa la artis2 ni suka cakap pakai lutut?? ~ sangat marah~

  2. tqahzaki says:

    assalamualaikum…
    abg nara,saya taw yg johan ni hafal al-quran sampai belajar kt indon 2….
    ingt jadi artis yg akan jge batas…tp ble tgk cte or gambar2 die..rse die ni same je ngan artis lain…so saya harap die sedar dr kesilapan die…sebab saye peminat die..so…saya harap die x melampaui batas la…saya hormat die sebab die hafal al-quran…

  3. hamba ILAHI says:

    ala…tak payah nak ‘berdakwah’ cara pegang tangan , peluk2..lar..(bukan dakwah, tapi popularkan sesuatu yang memang haram etc-pegang bukan mahram, bergambar kat surat khabar la berduaan sambil baring2)
    .daripada tengok cerita ‘dakwah’ seperti ini..baik tukar channel…tengok 30 minit Ustaz Don ke, tambah ilmu lagi bertambah iman..insyaALLAH..

Loading...