February 9th, 2015

Apabila nama Johan As’ari disebut, ia seringkali melibatkan percintaan. Cinta lokasi dan Johan As’ari memang sinonim. Antara nama yang pernah dikaitkan dengan Johan As’ari ialah Izreen Azminda, Fasha Sandha, Lana Nordin dan ramai lagi. Terbaru, pelakon kacak ini mengakui wujudnya cinta lokasi antara dirinya dengan Puteri Najwa. Untuk anda yang tidak tahu, Puteri Najwa satu ketika dahulu pernah dikaitkan dengan Shaheizy Sam. Memang cantik orangnya.

puteri najwa dan johan as'ari

Menerusi Berita Harian semalam, Johan dan Puteri Najwa umpama belangkas dan tidak boleh dipisahkan di lokasi. Malah di luar penggambaran pun khabarnya Johan sering mengajak Puteri Najwa keluar untuk makan dan menonton wayang bersama. Amboi!!! Cinta lokasi dibawa ke cinta realiti ke? Namun menurut Johan, ia memang cinta lokasi 100% dan hanya bertujuan untuk mendapatkan keserasian ketika berlakon. Kata Johan:-

Sebagai seorang pelakon, ‘cinta lokasi’ itu perlu ada dalam memberikan komitmen kepada watak yang dijayakan bersama heroin sesebuah drama atau pun filem. Saya akui wujud hubungan itu dengan Puteri Najwa tetapi ia sekadar untuk kami mendapatkan keserasian dalam mendalami watak yang diamanahkan.

Kami rapat sebab tiada pelakon lain ketika penggambaran di sana kerana banyak babak hanya melibatkan kami sahaja. Itu pun Puteri Najwa tidak berada lama di Sungai Lembing. Mungkin apa yang orang lain lihat cuma tanggapan mereka sahaja wahal tiada apa-apa berlaku diantara kami.

Banyak pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman lalu dan saya sekarang tidak mempunyai teman istimewa dengan mana-mana wanita termasuk Puteri Najwa. Selepas selesai penggambaran Waris Kasih kami juga tidak ada berjumpa

johan as'ari

Inilah komitmen seorang pelakon untuk memberikan yang terbaik kepada para penonton. Tapi kalau ‘cinta lokasi’ Johan As’ari dan Puteri Najwa dibawa sampai ke dunia sebenar pun tak ada salahnya kan? Kedua-duanya masih single. Tak ada sapa nak marah. Lagipun Johan dah berusia 29 tahun. Memang sesuai sangat untuk jadi suami. Tak gitu? Apa pendapat anda. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...