June 22nd, 2016

Beberapa kali gagal dalam percintaan, pelakon Johan As’ari akui beliau kini lebih menghargai erti sebuah cinta didalam perhubungan.

Johan juga memberitahu beliau perlu menjaga batas pergaulannya dengan wanita dan menghormati maruah mereka.

Selepas beberapa kali dikaitkan dengan artis popular sebelum ini, saya belajar banyak perkara tentang hubungan berkasih dan lebih menghargai cinta.

Sebagai seorang lelaki, saya perlu tahu batas dalam perhubungan. Saya perlu menghormati seseorang itu sebagai wanita. Tidak boleh hendak terlalu mesra jika tanpa ikatan yang sah. Cinta bukanlah perkara main-main.

Walaubagaimanapun, Johan memberitahu beliau masih solo dan buat masa ini ingin fokus kepada kerjayanya serta mengukuhkan ekonomi dirinya terlebih dahulu. Johan yakin, satu hari nanti beliau pasti akan menemui seorang wanita yang sesuai dengan dirinya.

Kalau ikutkan memang sukar untuk kawal hati ini dari menolak cinta. Namun saya perlu siapkan diri saya dahulu untuk menanggung kehidupan seorang wanita di masa akan datang.

Jika terlalu sibuk bercinta sekarang ini, saya takut ia akan gagal lagi. Jadi biarlah saya fokus pada bakat dan kerjaya untuk kukuhkan lagi kewangan sendiri. Masa untuk bercinta pasti akan datang apabila saya sudah bersedia nanti. Saya merancang untuk berkahwin ketika usia 32 tahun.

Betul kata Johan, cinta itu bukan perkara yang boleh dibawa main-main kerana ia melibatkan soal hati dan perasaan. InshaAllah, satu hari nanti pasti Johan akan bertemu dengan jodohnya.

Sumber Berita : Insta Online


Comments are closed.

Loading...