Ianya pernah diceritakan oleh salah seorang komentator dalam entri luahan perasaan Izreen di BeautifulNara sebelum ini tetapi kesahihannya tidak dapat kami pastikan. Laman web Gua walau bagaimanapun, telah mengeluarkan artikel terbaru di mana Izreen menceritakan Johan As’ari ada mengajaknya bertunang, bagi membalas kenyataan Johan yang mereka berdua hanya kawan baik.
Izreen turut menunjukkan bukti mereka bercinta kepada pihak media iaitu video yang dirakam oleh Johan yang diberikan kepada Izreen. Izreen mendakwa mempunyai bukti video dan SMS cinta lain tetapi mahu menyimpan saja semua itu.
Dia ada janji banyak perkara dengan saya. Dia ada merancang untuk bertunang dengan saya. Perkara ini disaksikan sendiri oleh kawan-kawan rapat dan juga keluarga saya. Malah saya juga ada bukti SMS mengenai isu bertunang ini.
Dia memang ada hubungi dan juga menghantar SMS kepada saya, tapi hanya selepas habis penggambaran Cinta Elysa. Kenapa perlu selepas habis penggambaran baru nak hubungi saya? Saya tak tahu yang dia ingat saya masih wujud ke tidak. Bagi saya, dia tidak perlu perjelaskan apa-apa.
Dia juga ada SMS memohon maaf kepada saya. Johan memberitahu dia dah habis shooting dan tak ada apa-apa hubungan dengan Fasha. Saya tak pernah salahkan Fasha dalam hal ini. Isu yang timbul ialah dari sikap lelaki itu sendiri. Ini bukan soal kuat cemburu, tapi biarlah saya sendiri saja yang tahu sebabnya.
Adalah benda-benda yang buat saya kecil hati dengan dia. Bagi saya, jika dia tak nak dengan saya, cakap saja dari awal, kan senang. Saya tak gaduh dengan dia, tapi yang paling membuatkan saya kecil hati dengan dia ialah jangan sesekali menggunakan isu agama untuk tutup kesalahan sendiri.
Izreen turut memaklumkan dia sudah putus dengan Johan:-
Saya dah putus dengan dia. Tak mungkin kami akan merujuk semula. Namun, jika nak digandingkan selepas ini, saya tak ada masalah. Saya okay dan profesional untuk berjumpa atau bergambar dengan dia.
Ini kerana saya tak ada masalah dengan dia. Saya tak salahkan dia kerana ada juga salah saya. Bagi saya, jika dia mengaku, tak akan jadi macam ini. Kalau boleh saya tak nak panjangkan lagi isu ini kerana pada masa akan datang, mungkin kami akan berlakon bersama-sama lagi.
Kecanggihan teknologi zaman sekarang menyebabkan kita semua menjadi kreatif dalam menyampaikan ayat-ayat cinta kepada kekasih. Tetapi kalau ada apa-apa berlaku, ia juga boleh menjadi bukti yang tidak dapat disangkal. Walaupun begitu, kumbang bukan seekor dan perjalanan karier Izreen masih jauh. Kami berharap Izreen akan sukses dalam bidang lakonan walaupun tanpa Johan.
***
Kolam selalunya dilakukan untuk menggalakkan keharmonian dan keuntungan kepada sesebuah isi rumah. Dekorasi kolam lazimnya dilakukan kaum perempuan menggunakan beras putih dan bijirin yang diwarnakan berwarna-warni dan biasanya menjadi simbol selamat datang dan kegembiraan menyambut hari perayaan terutamanya perayaan Cahaya- Deepavali.
Sedang berlangsung sekarang di Piazza, The Curve, Damansara pertandingan mereka cipta kolam di Pesta Kolam Antarabangsa serta Majlis Perasmiannya pukul 3.00 petang ini, jangan lupa menjenguk. Budaya 1Malaysia yang terindah untuk anda!