Jofliam Upgrade Piza Dengan 200 Gram Wagyu – “Saya Rela Behenti Buat Piza Daripada..”

Trending

Jofliam Upgrade Piza Dengan 200 Gram Wagyu – “Saya Rela Behenti Buat Piza Daripada..”

Usahawan dan pempengaruh, Jofliam, menjawab persoalan netizen mengenai kualiti piza wagyu yang diusahakannya.

Menurut Jofliam, sejak mula berkecimpung dalam dunia piza, dia tidak pernah membenarkan orang lain menguli doh untuk produknya. Semua doh yang digunakan adalah 100% hasil kerja tangannya sendiri.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jofliam🍕 (@jofliam)

Tulisnya di Instagram Story,

Dari dulu hingga kini, dough adalah buatan saya sendiri. Saya rela berhenti buat piza daripada arahkan pembantu saya buatkan. Saya akan kekalkan sampai bila-bila, sehingga Han sendiri pandai bancuh dough gantikan saya. @pizzawagyujofliam adalah saya, Jofliam.

Selain itu, Jofliam turut memperkenalkan pembaharuan dalam hidangan piza wagyu tanpa menjejaskan rasa asal. Antaranya, setiap piza kini menggunakan 200 gram wagyu premium, dihidangkan medium rare dan di torch bersama rosemary bagi menambah aroma dan kelazatan.

Pizza Wagyu Jofliam, chapter baru. Masih mengekalkan rasa sama, cuma kali ini lebih extra effort untuk tingkatkan setiap gigitan. Semua piza penuh dengan wagyu, setiap penyediaan lebih terperinci, pasti buat senyum setiap kali gigit.

Sebelum ini, hidangan piza wagyu Jofliam pernah dikritik kerana harga yang dikatakan mahal dan dakwaan penggunaan daging batang pinang. Namun, Jofliam menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan semua piza menggunakan 100% daging wagyu asli.

anak jofliam tak dijaga
2025-09-07 12:10:55

"Tak Kisah Langsung Apa Han & Yuki Makan" - Netizen Dakwa Jofliam Bawa Anak-Anak Ke Bar Restoran?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...