Melalui platform Threads, kini tular luahan kesal daripada netizen mengenai pembuatan pizza Jofliam yang didakwa tidak menjaga kebersihan dengan betul.
Dalam salah satu hantaran yang tular di platform berkenaan susulan isu ini apabila individu tersebut persoalkan doh pizza diuli di atas meja di rumah, di mana dalam pada masa yang sama kucing peliharaan turut berkeliaran di sekitar rumah.
Hal tersebut dikatakan bercanggah dengan Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009, yang mana ia melarang haiwan berada di kawasan penyediaan makanan.
Susulan itu, netizen kebanyakannya menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan kerana biarpun pizza yang dibuat sedap tetapi kebersihan turut perlu dijaga.