Baru-baru ini, pempengaruh dan usahawan terkenal iaitu Jofliam mengakui kesilapannya memperlekeh pengorbanan bekas isterinya iaitu Cik Epal berkaitan penggunaan epidural semasa melahirkan anak mereka.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Jofliam atau nama sebenarnya Suhaimi mendedahkan pada waktu itu, dia sedang beremosi.
Saya tak sepatutnya mengeluarkan reply sebegitu di DM. Dewi juga bersetuju, statement itu tidak patut dikeluarkan kerana dia juga wanita dan terasa dengan reply saya.
Dia turut menyedari bahawa kenyataan yang dikeluarkan bukan sahaja menyinggung hati bekas isteri, malah ramai wanita lain yang bergelut semasa melahirkan anak.
Saya ingin meminta maaf jika reply saya empat bulan lepas telah merendahkan pengorbanan seorang ibu yang menggunakan epidural.
Dia juga memberitahu dia kini belajar dari kesilapan di mana dia perlu lari dari menaip dan melayan provokasi ketika emosinya tidak stabil.
Sebagai tanda penyesalan, dia mengumumkan bahawa dia bakal memberikan tawaran yang istimewa buat ibu-ibu yang membeli pizza daripadanya.
Bagi ibu-ibu yang mengandung yang membeli pizza, setiap pembelian saya akan hadiahkan bunga dan pizza extra berbentuk love, tanda meraikan ibu-ibu yang bersusah payah melahirkan anak.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila tular satu tangkap layar memaparkan Jofliam mengatakan bahawa ibu mengandung menggunakan epidural sebagai ‘cheat code’ ketika melahirkan anak.