Jofliam Beri Bayangan Isteri Kini Hamil – “Doktor Yang Sama Sambut Kelahiran Dewi”

Kehidupan

Jofliam Beri Bayangan Isteri Kini Hamil – “Doktor Yang Sama Sambut Kelahiran Dewi”

Isteri kepada usahawan dan pempengaruh Jofliam iaitu Emira Delyati Dewi dikhabarkan sedang berbadan dua.

Spekulasi itu tercetus selepas Jofliam atau nama penuhnya Jofli Ahu Bakar berkongsi beberapa hantaran di Instagram Story yang seakan memberi bayangan mengenai berita gembira tersebut.

Advertisement

dewi jfoliam hamil

Dalam perkongsian berkenaan, Jofliam memuat naik beberapa foto yang menunjukkan Dewi berada di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Salah satu gambar memperlihatkan Dewi berjalan di koridor hospital sambil membawa beg besar, seolah-olah menuju ke sesi pemeriksaan.

Apa yang lebih mencuri perhatian, Jofliam turut mendedahkan bahawa doktor yang ditemui isterinya itu merupakan individu sama yang menyambut kelahiran Dewi 28 tahun lalu di hospital sama.

Doktor yang sama, tempat yang sama yang melahirkan @emiradelyati 28 tahun yang lepas. Magis.

Untuk rekod, Jofliam dan Dewi selamat mendirikan rumah tangga pada awal April lalu.

Sebelum ini, Jofliam pernah berkahwin dengan pempengaruh terkenal Cik Epal pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki. Namun, pasangan itu berpisah tahun lalu selepas 10 tahun bersama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-09-29 18:48:27

Mierul Aiman Berpelukan Dengan Emma Maembong Buat Peminat Kecam - "Tak Ingat Dosa Pahala Ke?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...