Joey Adalah Juara Twisties Superstarz X

Hiburan

Joey Adalah Juara Twisties Superstarz X

Hari Sabtu yang lepas bukanlah hari biasa. Ia adalah hari di mana salah seorang daripada 6 peserta akan dinobatkan sebagai juara Twisties Superstarz X. Pastinya degupan jantung Joey, Young, Diary of Us, Lina, Kyle dan Syah lebih laju daripada biasa pada hari tersebut.

twisties

Advertisement

Seawal jam 5.30 petang, orang ramai sudah mula berkumpul di AquaSonic, Sunway Pyramid untuk menyaksikan sendiri siapakah bakal ikonik superstar Twisties Superstarz X. Siap ada yang bawak banner tulis nama peserta kegemaran mereka untuk menunjukkan tanda sokongan. Memang suasananya sangat hangat dan meriah!!!
twisties

Juri pada malam itu ialah 3 nama hebat iaitu Dina, JD dan Nadhira. Mereka bertiga akan bertanggungjawab memberi markah selepas menonton 3 persembahan daripada para peserta. Kesemua 6 peserta akan terlibat di dalam persembahan pertama dan kedua tetapi hanya 2 peserta terbaik akan berentap di dalam persembahan terakhir. Menarik kan mekanisme penjurian Twisties Superstarz X?

twisties

Abang Nara suka dengan keunikan pentas yang dibuat ala-ala gelanggang tinju. Seolah-olah ini satu pertandingan hidup mati yang sangat serius, mendebarkan dan penuh aksi. Dan persembahan kesemua peserta pada malam itu sangat mengkagumkan. Penuh bertenaga, unik dan membuatkan orang ramai turut sama teruja.

twisties

Untuk makluman, bukan para juri sahaja yang bertanggungjawab memberikan markah kepada setiap persembahan yang dipertontonkan oleh para peserta. 60 markah ini bergantung kepada keputusan juri dan juga bilangan tweet yang menggunakan hashtag unik untuk setiap peserta. Contohnya hashtag untuk Kyle ialah #TwistiesXKyle. Jadi lebih banyak tweet menggunakan hastag #TwistiesXKyle, maka lebih tinggilah markah buat Kyle. Baki 40 markah telah pun diberikan sebelum ini ketika para peserta menjalani episode Grooming Challenges.

twisties

Setelah tamat 2 persembahan hebat daripada kesemua peserta, akhirnya nama 2 peserta yang akan berentap untuk menentukan juara Twisties Superstarz X telah pun diumumkan. Mereka ialah Kyle dan Joey. Memang persembahan mereka berdua sangat mantap dan layak untuk berentap di pusingan terakhir ini. Kedua-duanya ada aura mereka yang tersendiri.

twisties

Untuk persembahan terakhir ini, keputusan terletak di tangan juri sepenuhnya. Naik bulu roma Abang Nara mendengar nyanyian Joey dan Kyle. Masing-masing menjiwai lagu yang dibawa. Kalau tanya Abang Nara, memang sukar untuk memilih pemenang. Mungkin kena lontar dadu kot.

twisties

Sambil menunggu juri-juri membuat keputusan, penonton yang hadir telah dihiburkan oleh persembahan penuh bertenaga oleh salah seorang juri iaitu Nadhira. Lincah betul si Nadhira ini. Badan kecil molek tetapi menari memang power. Abang Nara rasa Nadhira lepas geram sebab dia tak dapat bertanding dalam Twisties Superstarz X kot. Hehehe.

twisties

Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu tiba jua. Anak didik Prema Yin iaitu Joey telah pun diumumkan sebagai juara Twisties Superstarz X. Joey membawa pulang hadiah sebuah lagu dan muzik video yang akan dicipta khas untuknya bernilai RM25,000. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Joey. Anda memang layak kerana kehebatan persembahan anda pada malam itu.

twisties

Semoga dengan kemenangan ini, Joey akan dapat mengembangkan lagi bakat dan seterusnya menjadi ikonik superstar Malaysia suatu hari nanti. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Joey. Untuk melihat lebih banyak gambar daripada konsert final Twisties Superstarz X, layari laman Facebook Twisties Malaysia. Tonton video di bawah untuk merasai sendiri kehangatan malam itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...