Usaha untuk memburu seorang lelaki Indonesia yang merupakan rakan kepada suspek bunuh pegawai bank di Subang Jaya sedang diperhebatkan oleh pihak polis. Joemar dipercayai masih berada di negara ini dan dipercayai menyimpan sejumlah besar wang hasil rompakan pada 23 Oktober lepas. Jumlah wang yang dipercayai berada dengan Joemar ialah RM 400,000.
Polis percaya Joemar masih berada di negara ini dan sedang berusaha untuk keluar ke Indonesia melalui ‘laluan tikus’ seluruh negara. Sekiranya anda terserempak, nampak atau mempunyai maklumat tentang lokasi Joemar, sila laporkan di balai polis berdekatan atau hubungi talian hotline 03-2056 9999. Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.