Written by Irsa | October 29th, 2019

Joe Flizzow merupakan nama yang besar dalam industri seni dan juga genre muzik hip hop. Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan Too Phat yang mempopularkan lagu hip hop di negara Malaysia pada awal kemunculannya. Kini bergerak solo,  nama Joe masih lagi menjadi buah mulut peminat muzik tempatan.

Walaupun usianya sudah menghampiri 40 tahun, tetapi dia masih lagi senang dengan kehidupan solonya tanpa isteri di sisi. Jarang bercerita mengenai kehidupan peribadinya, akhirnya Joe dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan!

joe flizzow bakal berkahwin dengan marini ramlan

Aishah Ali iaitu ibu Joe menjelaskan bahawa anak lelakinya itu mungkin sudah bersedia untuk berkahwin setelah berjaya mendapat pencapaian yang membanggakan.

Kira-kira sebulan lepas, Joe telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara.

Secara peribadi, saya merasakan selepas kejayaannya itu, barulah dia mahu berkahwin.

Penyanyi dan penulis lirik itu difahamkan sudah merisik teman wanitanya Marini Ramlan dan dikatakan bakal melangsungkan pernikahannya awal tahun depan walaupun mereka belum menetapkan tarikh yang spesifik lagi.

Bagi yang tidak mengenali teman wanita Joe ini, dia sebenarnya ialah Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital Primeworks Studios Sdn Bhd. Selain itu, wanita ini juga merupakan seorang pelukis yang berbakat.

joe flizzow bakal berkahwin dengan marini ramlan

Dia yang menggunkan nama Nini Marini dalam dunia seni lukis tempatan juga amat popular dalam gelanggang itu. Wanita berdarah seni ini terkenal dengan lukisannya yang berkonsepkan kontemporari.

Tahniah diucapkan kepada Joe Flizzow dan Marini Ramlan yang bakal menamatkan kehidupan bujang mereka pada tahun hadapan. Semoga segala persiapan berjalan dengan lancar.

Sumber: Astro Awani

7 responses to Joe Flizzow Bakal Tamatkan Zaman Bujang Tahun Hadapan!

  1. Zasss says:

    What a perfect match! Congrats Joe and Nini :) . Semoga dipermudahkan segala urusan

  2. garam says:

    Walau tak secantik artis tapi dia nampak ada kelas, bijak dan berdikari. I’m glad Joe Flizzow choose her over retis-retis bimbo.

  3. Noiunni says:

    Deserved each other… Allah eased everything

  4. Anonymous says:

    nmpkye bukan joedoh jana nick

  5. Wanita says:

    Cantik je aku tgk dia ni.. ape ntah standard cantik ko ni.. mesti kacukan bagai.. eurgh nyampah typical

  6. Datin says:

    After Joe dilantik sebagai Pengarah Urusan Def Jam Asia Tenggara, baru dia yakin nak berkahwin.
    Tanggungjawab sebagai suami sangat besar, nak bagi anak orang makan dll.
    Pernah terfikir kenapa dia tidak kahwin waktu jadi penyanyi?
    Sebab dunia artis tidak semestinya di atas sehingga hari tua.
    Melainkan kau buat 2-5 kerja, baru boleh sara diri.
    Good luck for Joe!

  7. Anonymous says:

    ramai suka pilihan joe… ade class & berdikari…
    nasib baik xpilih janna nick tuh memalukan jer suka pakai seluar sendat tunjuk saiz pepet.. jijikss lah..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini