Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke-46

Trending

Joe Biden Sah Presiden Amerika Syarikat Ke-46

Calon Demokrat, Joe Biden kini disahkan memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) ke-46.

Beliau menang kepada pencabarnya, Donald Trump dengan memperolehi 284 undi elektoral berbanding 214 undi yang diraih parti Republikan berkenaan.

Advertisement

Menerusi laporan Astro Awani yang dipetik daripada sumber AP, kerusi terakhir yang dimenangi Biden adalah Pennsylvania yang memberinya 20 undi elektoral.

Untuk rekod, dalam tempoh 24 tahun, Biden menjadi calon Demokrat pertama memenangi undi elektoral di Arizona selepas menang besar di California, New York, Minnesota dan New Hampshire yang pernah dimenangi Hillary Clinton pada 2016.

Kejayaan lelaki berusia 77 tahun dengan kempen bertemakan ‘A Battle for the Soul of the Nation’ sekali gus seaka berjaya menendang hasrat Trump untuk bergelar presiden buat penggal kedua.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...