Ketika ini, kecoh di seluruh dunia berkenaan pilihan raya Amerika Syarikat yang masih lagi berlangsung sehingga hari ni.
Bagaimanapun, mengikut laporan setakat ini, kebanyakan hasil undian yang dikira khabarnya memihak kepada pesaing Presiden Donald Trump iaitu Joe Biden.
Rentetan itu, Trump dikatakan ‘pelik’ dengan berita itu dan mula menimbulkan tanda tanya mengapa negeri utama yang ditadbir Parti Demokrat, tiba-tiba bertukar menjadi biru, meskipun sehari sebelum itu ramalan menunjukkan kemenangan besar mungkin berpihak kepadanya.
“Malam tadi saya di depan, kebiasaannya begitu selesa, di banyak negeri utama, di hampir semua negeri yang ditadbir dan dikuasai Demokrat. Kemudian ajaibnya, satu demi satu ia hilang ketika peti undi baharu dikira. Amat pelik dan ramalan meleset sepenuhnya dan silap teruk,”
Meskipun kiraan masih belum berakhir, namun jelas kelihatan Michigan menjadi negeri terbaru yang mencetuskan kejutan apabila kedudukannya berubah memihak kepada calon Demokrat, Biden.
Untuk rekod, Biden kini berada di depan dengan 50.4% undian peratus berbanding Trump yang hanya meraih 48%.
Sumber: Bernama