Primadona negara, Erra Fazira khabarnya dah naik ‘lunyai’ kerana tidak berhenti diasak mengenai soalan kahwin setelah tularnya berita palsu mengenai dia menjadi isteri kedua buat Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, baru-baru ini.
Jelas Erra, dia berasa penat untuk menjawab pelbagai pertanyaan mengenai perkara itu namun menganggap setiap kata-kata adalah doa daripada peminat.
Sabar sekejap ya abang. Tuan punya badan pun naik ‘lunyai’ kena tanya. Dah jawab pun, mereka tanya lagi. Tak apa bang. Agaknya jodoh sebenar dah nak dekat sebab orang cakap, kata-kata itu doa.
Demikian balasan pelakon filem Maria Mariana itu dalam komen Instagram bekas Pengarang Hiburan Harian Metro, Roslen Fadzil yang tampil meluahkan bahawa dirinya turut menjadi ‘sasaran’ banyak pihak selepas tularnya berita mengenai Erra bernikah dan menjadi isteri kedua kepada Faizal Azumu.
Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan bahawa Erra tampil menafikan mengenai berita mengenai dirinya sudah bernikah dan turut menjelaskan bahawa statusnya kini masih bergelar ibu tunggal.
Sekadar info, Erra telah mendirikan rumah tangga kali pertama bersama Datuk Yusry Abdul Halim pada tahun 2003 namun bercerai tiga tahun kemudian.
Dia kemudiannya bernikah kali kedua bersama Engku Emran pada 2007 dan berpisah pada tahun 2014.
Hasil perkongsian hidup, Erra dan Engku Emran dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 12 tahun.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.