“Jodoh Pasti Bersatu” – Nad Zainal Dan Ungku Ismail Kini Suami Isteri, Bernikah Pada 23 Januari Lalu

Trending

“Jodoh Pasti Bersatu” – Nad Zainal Dan Ungku Ismail Kini Suami Isteri, Bernikah Pada 23 Januari Lalu

Pelakon Nad Zainal dan Ungku Ismail hari ini menoktahkan tanda tanya dalam kalangan peminat yang sebelum ini meneka pasangan ini sedang bercinta dan akan berumah tangga.

Sebentar tadi, pereka fesyen duo, Seth & Luna mengesahkan bahawa kedua-dua selebriti itu sudah pun bergelar suami isteri menerusi satu hantaran di Instagram milik mereka.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SETH&LUNA (@sethandluna_malaya)

Pereka fesyen itu difahamkan telah diberi tanggungjawab untuk menghasilkan busana pernikahan pasangan tersebut.

Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.

Menjengah ke akaun pasangan selebriti itu, Nad Zainal ada memuat naik foto dan video ‘teaser’ dia bersama Ungku ketika berada di masjid sekaligus mengesahkan lagi spekulasi yang mengatakan mereka sudah bernikah.

Ruangan komen hantaran tersebut turut dipenuhi ucapan tahniah daripada peminat dan juga rakan artis.

Nad Zainal Dan Ungku Ismail
1 year ago

(VIDEO) "Semoga Allah Permudahkan" - Kapsyen Cetus Tanda Tanya, Nad Zainal Dan Ungku Ismail Bakal Berkahwin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...