“Jodoh Mereka Tak Panjang,” Ibu Elfira Loy Buat Pendedahan Putus Tunang

“Jodoh Mereka Tak Panjang,” Ibu Elfira Loy Buat Pendedahan Putus Tunang

Ada antara Netizen mendakwa bahawa Sufian Suhaimi dan Elfira Loy telah putus baru-baru ini, namun tiada pengesahan rasmi dari mereka berdua. Kedua-duanya seakan ingin merahsiakan perkara itu sehinggakan menukar nombor telefon masing-masing untuk mengelak dari diajukan persoalan.

Terbaru, Berita Harian Online melaporkan ibu Elfira mengesahkan bahawa pertunangan anaknya dan Sufian telah pun putus baru-baru ini.

Beliau berkata:

Advertisement

Tiada apa yang perlu saya huraikan lagi kerana sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat.

Sebagai manusia, kita hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya. Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh.

Saya cuma berharap anak saya dipertemukan dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga. Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha.

Pasangan itu melangsungkan pertunangan pada Oktober tahun lepas dan merancang melangsungkan pernikahan pada Mac ini. Majlis pertunangan mereka yang dibuat gilang-gemilang menimbulkan kritikan Netizen kerana dilihat berlebihan untuk sekadar majlis pertunangan.

Bagaimanapun, kedua-duanya tidak lagi dilihat memuat naik gambar bersama di akaun media sosial masing-masing sejak Disember tahun lepas menyebabkan timbulnya spekulasi, namun mereka sebelum ini menafikan hubungan mereka retak, cuma menempuh sedikit dugaan seperti pasangan normal lain.

Pasangan itu juga dilihat tidak lagi mengikuti antara satu sama lain mahupun berinteraksi di Twiitter, menguatkan spekulasi bahawa pertunangan mereka telah putus. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

60 Comments

  1. anonymous

    February 17, 2018 at 8:16 pm

    nak tanya jap mira pilzah lawo ke

    • Anonymous

      February 18, 2018 at 2:19 pm

      suami aku cakap mira pilzah ni muka biasa2 ja. tak tahu tang mana orang cakap cantik. kalau dia bercakap tu ok la, petah macam tak nak berhenti bercakap. haha

    • Liame

      February 18, 2018 at 5:12 pm

      Mira muka manis. Ada orang lawa, tapi muka tak manis :)

  2. Gapoever

    February 17, 2018 at 7:40 pm

    To SS, tak perlu nak mengongkong sangat. EL tu kan public figure. Belum kahwin dah start mengongkong. Nanti dah kawen, tak bagi bini keluar cari duit.

  3. Pablo

    February 17, 2018 at 6:34 pm

    Melepaskan mu…bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
    Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
    Kala malam tidurku tak lena mengenangkanmu……..

  4. Hihi huhu

    February 17, 2018 at 5:49 pm

    Kah3! Terbaik komen sis tu. Bab nk up diri sendiri, kemain lg ko ye. Kemain menggedik lg nak menunjuk dekat ex dia yg ko menang kan? Kemain menggedik dok up gamba berdua acah2 sweet nak tunjuk orang tu sayang ko. Sekarang dah putus tunang, walaupn aku tak nak kata kat ko tp hati aku ni terkata jugak. Sbb sebelum ni tgk ko mendongak sangat ke langit buat aku menyampah. Ok, komen ni xd kena mengena dgn yg masih hidup mahupn yg telah meninggal dunia. Tq.

  5. Shhh

    February 17, 2018 at 5:35 pm

    Masa sblm dia kenal Sufian…El ckp nk bercinta selepas kawin…kan ada sekali dia cabar lelaki masuk meminang ke apa ntah…asik citer pasal.nak kawin je..sampai org cakap dia desperate..sblm.dia kenal.Sufian..tup2..tahu2 dh kawan dgn SS ni..siap bawak pian naik helicopter..kekonon bg hadiah kt Sufian..lepas tu asik showoff hubungan dia sampai makwe pian tahu…dia backup pian giler2..oklah mmg padan sgt korg berdua..pastu mak ayah pian antar rombongan meminang show off lagi…then bertunang macam nak kawin…tukar smpi dua helai baju…ngat nak kawin sekali tunang…pastu kuar plak citer pasal makeup beli snpi beribu..agkanya pian ketuk kepala…el ni matang aku tgk…nma pun dh tk popular. .

Loading...