“Jodoh Mereka Kuat, Lama Dah Bercinta..” Fasha Sandha Akui Terkejut Elisya Nak Kahwin Di Usia Muda

Hiburan

“Jodoh Mereka Kuat, Lama Dah Bercinta..” Fasha Sandha Akui Terkejut Elisya Nak Kahwin Di Usia Muda

Turut bergembira dengan berita pernikahan adik kesayangan, Fasha Sandha nampaknya tidak melepaskan peluang untuk menitipkan pesanan dan juga tips berguna dalam rumah tangga.

elisya sandha nikah
3 years ago

(TAHNIAH) Elisya Sandha Dan Uzair Haqimy Selesai Diijabkabul

Advertisement

Kakak kepada pengantin baru, Elisya Sandha itu berharap agar pasangan ini akan sentiasa menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing serta melengkapkan antara satu sama lain.

View this post on Instagram

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Ujarnya lagi, setiap manusia tidak sempurna dan yang paling penting adalah masing-masing dapat memberi kebahagiaan antara satu sama lain.

Saya berulang kali berpesan kepada Elisya dari mereka bertunang sehingga sekarang. Pesanan saya agar mereka sentiasa menerima kekurangan satu sama lain. Paling penting, terima kekurangan dahulu sebelum kelebihan masing-masing. Sebab setiap pasangan kena saling melengkapi.

Fasha dalam pada itu mengakui dia berasa terkejut apabila Elisya meluahkan hasrat untuk berkahwin pada usia yang muda.

Namun, ujar pelakon drama Semua Salahku ini menganggap jodoh pasangan itu utuh meskipun pernah berdepan beberapa dugaan.

Jodoh mereka sampai awal..lama sangat bercinta walaupun ‘on off’ tapi jodoh mereka sangat kuar. Uzair pun seorang lelaki yang baik dan gentleman. Saya yakin Uzair boleh memberikan kebahagiaan kepada Elisya.

Terdahulu, Elisya telah selamat bernikah dengan anak kepada pengarah terkenal, Sheila Rusly dan Jinggo iaitu Uzair Haqimy pada Sabut lalu bertempat di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak.

Dalam majlis ringkas itu, Elisya telah menerima mas kahwin berupa gelang emas putih dan wang hantaran berjumlah RM22,222,22 serta tujuh dulang hantaran berbalas lima.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...