Perkongsian usahawan dan juga bekas isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Nina Ismail Sabri mencuri tumpuan netizen, semalam.
Dalam hantaran Instagram itu, Nina dilihat memuat naik beberapa foto ahli keluarganya dan juga kekasih yang dikenali sebagai Hafiz sedang beramah mesra, sedondon berpakaian putih.
Tidak dinyatakan untuk majlis apa, kedua-dua belah keluarga kelihatan gembira dan meraikan hari itu dengan ceria.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan juga rakan selebriti tampil meninggalkan ucapan tahniah buat Nina dan Hafiz.
Dari dulu follow diorang geng sama-sama. Ya Allah tak sangka jodoh tu dekat je sebenarnya. Tahniah Nina.
Tahniah Nina dan pasangan, moga urusan dipermudahkan Allah S.W.T..
Terdahulu, Datuk Jovian Mandagie mengumumkan dia dan Nina Ismail Sabri sudah bercerai sejak Ogos lalu.
Mereka berdua bernikah pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Jeanelle Nika Mandagie.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.