Jodoh Dah Dekat, Tidak Tahu Siapa Dan Bila Tapi Boleh Rasa – Nur Fazura

Hiburan

Jodoh Dah Dekat, Tidak Tahu Siapa Dan Bila Tapi Boleh Rasa – Nur Fazura

Saat Shaheizy Sam mengumumkan beliau bakal berkahwin dengan Syatilla Melvin, ramai yang ingin tahu komen Nur Fazura mengenai berita tersebut. Reaksi Fazura agak positif dan mendoakan pasangan itu bahagia sehingga ke akhir hayat.

Advertisement

Mengenai Fazura yang sehingga kini masih kekal solo, wanita yang hangat dengan isu KimK  itu berkata beliau boleh “rasa” bahawa jodohnya sudah dekat meskipun sibuk dengan kerjayanya.

Setakat ini calonnya belum ada lagi.  Tak ada ruang untuk menjalinkan hubungan kerana terlalu sibuk dengan kerja.  Tapi jodoh dah dekat, tak tahu siapa dan bila cuma saya dah boleh ‘rasa’.

Dilihat sebagai seorang wanita yang agak “workoholic” baik dalam bidang lakonan mahupun perniagaan, Fazura bagaimanapun sanggup berhenti berlakon  dan hanya meneruskan dengan   perniagaan beliau selepas berkahwin kerana ingin memberikan seratus peratus tumpuan pada keluarga beliau yang akan dibina kelak.

Buat masa ini saya memang fokus pada kerja.  Kerja, kerja, dan kerja.  Bila dah puas kerja, insyaAllah selepas berkahwin saya mahu berhenti berlakon.  Tak mahu berlakon lagi. Saya mahu tumpukan kepada perniagaan dan mungkin kerja-kerja belakang tabir sahaja.

Tidak apalah Fazura, janganlah terus mengenangkan kisah cinta yang tidak kesampaian. InshaAllah, selepas ini mungkin anda akan bertemu dengan jejaka yang tepat dengan anda dan bahagia bersama.

Sumber Berita: Media Hiburan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...