Sejak dua hari lepas, hangat menjadi perbualan di media sosial tentang tindakan vokalis band dari British, Matty Healy yang mencium gitarisnya di atas pentas ketika membuat persembahan di Good Vibes Festival.
Disebabkan tindakannya yang bukan sahaja mencium rakan band tetapi juga merosakkan drone dan mabuk di atas pentas, kerajaan Malaysia telah membatalkan festival muzik itu yang sepatutnya berlangsung selama 3 hari.
Nampaknya, Jocelyn Chia yang pernah dihentam teruk oleh rakyat Malaysia sebelum ini sekali lagi mengejek negara kita berhubung isu tersebut.
Menerusi Instagram, Jocelyn menyindir dan berkata Malaysia sudah menjumpai ‘formula’ untuk menjadikan negara ini ‘tajuk berita dunia’.
Memberi reaksi yang sangat berlebih-lebihan terhadap aksi (artis) luar + kritikan menteri = (BBC+CNN+ABC+CBS) kuasa IG (Twitter) (threads) (Facebook).”
View this post on Instagram
Jocelyn kemudian memberi contoh ‘lawak’ tentang MH370 yang tular sebelum ini telah membuatkan dia dibenci seluruh rakyat Malaysia selain menjadi muka depan portal terkenal seperti BBC.
Dia turut memerli dan berkata Malaysia secara tidak sengaja ‘mendedahkan’ formula ini kepada artis yang mahu mendapatkan lebih populariti selain turut meminta negara kita untuk ‘bertenang’.
Jadi, kalau Malaysia tak mahu buat artis yang tidak disukai lebih terkenal, mereka sebenarnya perlu bertenang (atau seperti yang mereka selalu kata “rilek lah bro”).”
Hantaran Jocelyn itu meraih perhatian pengikutnya di Instagram di mana ramai yang seolah-olah bersetuju dengan apa dikatakan dan turut mentertawakan Malaysia.
Malah, ada yang turut memerli polis Malaysia kerana cuba meminta Interpol menjejaki Jocelyn sedangkan dia tidak bersembunyi.