Jocelyn Chia Berterima Kasih Pada Malaysia, Kerjaya Komedi Makin Berjaya & Terkenal Disebabkan Jenaka MH370

Trending

Jocelyn Chia Berterima Kasih Pada Malaysia, Kerjaya Komedi Makin Berjaya & Terkenal Disebabkan Jenaka MH370

Masih ingat dengan pelawak dari Singapura yang membuat jenaka tentang insiden MH370, Jocelyn Chia?

Dua tahun lalu, Jocelyn telah menerima kecaman hebat selepas menggunakan insiden menimpa MH370 sebagai bahan jenaka namun baginya, episod tersebut merupakan titik perubahan besar dalam hidupnya.

Advertisement

Dia yang digelar ‘bad girl dalam dunia komedi’ oleh Fox News sebelum ini, kini sudah menjadi terkenal di peringkat antarabangsa dan Jocelyn berterima kasih kepada Malaysia yang disifatkan menjadi penyebab dia dikenali ramai.

Jocelyn Chia jenaka MH370

Meskipun ramai menganggap jenaka itu tidak sensitif, namun menurut Jocelyn jenaka sebegitu sudah menjadi sebahagian daripada koleksi jenakanya.

Ia sebahagian daripada rutin tentang persaingan antara Singapura dan Malaysia yang saya gunakan lebih setahun.

 

Tak akan minta maaf

Dikenali dengan gaya persembahan lantang dan energetik, Jocelyn sering menyentuh topik peribadi dan membuat perbandingan budaya Asia dan Barat.

Bahkan, dia masih berkeras dengan pendiriannya untuk tidak memohon maaf berkaitan komedi tersebut.

Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa. Saya hanya menjalankan tugas saya. Semuanya bergantung kepada konteks, niat dan cara penyampaian.

 

Berterima kasih pada Malaysia

Pada Jun 2023, persembahan komedi Jocelyn mengenai MH370 tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan ramai di seluruh dunia. Hal itu menyebabkan namanya menjadi sebutan oleh media besar antarabangsa termasuk CNN, The New York Times dan BBC.

Selepas kejadian itu, dia dijemput menjadi panel di segmen komedi Foz News selain muncul dalam pelbagai rancangan radio dan podcast.

Jocelyn Chia

Jocelyn turut menerima tawaran untuk tinggal dan membuat persembahan selama enam minggu di Jepun pada 2024 dan kini dia sedang dalam jelajah Asia dengan persembahan di Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Thailand, dan Taiwan.

Tambah Jocelyn, dia bakal berpindah ke Barcelona pada September ini untuk mengembangkan kerjaya komedinya di peringkat Eropah termasuk beberapa persembahan sudah dijadualkan di Switzerland, Poland, Jerman, dan Belgium.

Ia sesuatu yang ironik, tetapi saya bersyukur kepada Malaysia. Insiden ini telah mengubah hidup saya menjadi lebih baik.

2 years ago

Jocelyn Chia Sindir Malaysia Pasal Isu The 1975 - "Mereka Dah Jumpa Formula Untuk Jadi Tajuk Berita Dunia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...