Pengacara program Fashion Police, Joan Rivers, 81 tahun disahkan meninggal dunia pada hari Khamis selepas dimasukkan ke sebuah hospital di New York. Joan Rivers telah dimasukkan ke Hospital Mount Sinai sejak 28 Ogos lalu apabila dia berhenti bernafas selepas menjalani satu pembedahan yang melibatkan peti suara di sebuah klinik di New York.
Joan Rivers menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.17 petang. Pengacara ini pernah menimbulkan kemarahan umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan lancang mengenai penduduk Palestin dan secara terang-terangan menyokong perbuatan puak Zionis menyerang Gaza. Â Dia juga turut menyifatkan pejuang Hamas sebagai pengganas.
Perdana Menteri Israel telah menyampaikan salam takziah atas pemergian Joan Rivers. Saat-saat terakhir pengacara terakhir ini ditemani oleh kaum keluarga dan sahabat handai. Takziah diucapkan atas pemergian ini.