Jo In Sung Bakal Temui Peminat Malaysia Di Paradigm Mall 21 Mei Ini

Hiburan

Jo In Sung Bakal Temui Peminat Malaysia Di Paradigm Mall 21 Mei Ini

Fuh ~~ Abang Nara memang minat betul dengan Jo In Sung ini. Kacak sungguh dia. Berita baik untuk peminatnya, pelakon Korea Selatan yang sedang popular menerusi drama That Winter The Wind Blows ini akan datang ke Malaysia untuk sesi beramah mesra bersama peminatnya.

jo in sung

Advertisement

Jo In Sung akan hadir pada 21 Mei ini dan akan bertemu peminat-peminatnya di Paradigm Mall kira-kira jam 7.30 malam. Kemudian pelakon ini akan ke Singapura untuk sesi bertemu peminat di Suntec City Mall Singapura, pada 22 Mei juga pada jam 7.30 malam. Pasti peminat-peminat si jejaka tampan ini sedang teruja menunggu ketibaannya.

jo in sung

Jika berkesempatan, Abang Nara akan turun ke Paradigm Mall untuk bertemu dengan Jo In Sung. Nasib baik bekas awek Abang Nara iaitu Song Hye Kyo tak datang. Kalau tidak pasti memori percintaan kami akan berputik kembali. Hahaha.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...