Sebelum ini, pelakon Hairul Azreen membuat kenyataan di Instagram bahawa pengorbanan tentera sangat besar apabila meninggalkan anak dan isteri tercinta untuk bertugas mengawal keselamatan negara.
Ini kerana dia telah meninggalkan isterinya Hanis Zalikha dan anak Yusuf Iskandar selama sebulan untk belakon dalam filem PASKAL yang merupakan sebuah filem ketenteraan.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Hairul menulis di IG Story:
Bagaimanapun seorang Netizen telah menulis di Twitter yang Hairul bersikap poyo dan ‘fefeeling askar’ kerana apa yang dilalui oleh Hairul tak mungkin sama dengan pengalaman sebenar seorang perajurit.
Filem Paskal arahan Adrian Teh akan mengetengahkan pembabitan PASKAL dalam misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel dari lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diarahkan oleh Adrian Tan, filem yang menjalani penggambaran di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Maghribi itu dibintangi pelakon Hairul Azreen, Datuk Seri Eizlan Yusof, Ammar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.- beautifulnara.com

Kerja Kosong
December 16, 2018 at 10:13 pm
Tengoklah berapa kutipan PASKAL. Netizen janganlah asyik nak keji je. Banyakkan lah puji. :)
PASKAL satu filem yang nak tunjuk kerja askar ni bukan satu kerja yang mudah.
Neutral
April 20, 2018 at 8:04 am
Siapa yg suruh fattah amin berlakon filem paskal ni tadi? Hahaha wakeup weh! Pengarah yg fikir untung kaut duit nk pecah panggung je pk nk amek org mcm patah ni brlakon. Sbb populariti, tp tak best pon. Too young and need more experienced. Fikir logik laa netizen, kenapa director cina appreciate pelakon baru and stunt man mcm nama2 pelakon ni tuk filem dia. Sebab dorg suit watak tu and pemilihan dia tepat. Cant wait for paskal. We need more filem like this. Bukan filem bercinta action kereta meletop polis2 pegang pistol tah pape! Wakeup la Malaysia