Pelakon Raja Ilya semalam momohon maaf dan tampil mempertahankan dirinya gara-gara dikecam setelah meninggalkan komen di Instagram aktres kelahiran Israel, Gal Gadot.
Sebelum ini, Raja Ilya meninggalkan komen ‘Stay Safe’ kepada pelakon filem Wonder Woman itu sekaligus membuatkan peminat dan netizen kurang senang.
Umum mengetahui Gal Gadot merupakan seorang rakyat Israel dan pernah menyertai kem ketentaraan Zionis sebelum ini.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Raja Ilya memaklumkan bahawa dia terkejut apabila dirinya dituduh penyokong Zionis dan memohon maaf di atas tindakannya itu.
Baiklah, blank kejap tak tahu nak buat apa. Nak pegi solat kejap. Minta maaf untuk semua ini. Mungkin sebab masa ini tengah sensitif, tindakan saya di salah sangka.
Baiklah. Blank kejap tak tahu nak buat apa. Nak pergi solat kejap. Minta maaf untuk semua ini. Mungkin sebab masa ini tengah sensitif, tindakan saya di salah sangka.
Jiwa Ilya tetap untuk orang Palestin dan doa Ilya untuk mereka tak pernah putus. Semua ini salah faham sebab terlebih keprihatinan.
Gal Gadot terdahulu telah mengajak orang ramai untuk memberikan sokongan terhadap Israel gara-gara konflik peperangan yang terjadi di antara dua negara itu pada ketika ini.
Pelakon itu sememangnya dikenali lantang bersuara dan menyokong negara kelahirannya itu meskipun pernah dikritik kerana seolah-olah tidak mempedulikan kekejaman tentera Zionis terhadap rakyat Palestin sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.