Jiwa Rasa Kosong, Farah Nabilah Banyak Dekatkan Diri Pada Tuhan Sejak Pandemik

Hiburan

Jiwa Rasa Kosong, Farah Nabilah Banyak Dekatkan Diri Pada Tuhan Sejak Pandemik

Pelakon jelita, Farah Nabilah mengakui jiwanya terasa kosong dan gelisah sepanjang berkurung di rumah akibat wabak pandemik yang melanda negara pada ketika ini.

Farah Nabilah bertudung
3 years ago

Farah Nabilah Bertudung Penuh, Peminat Doa Semoga Istiqamah

Advertisement

Berikutan itu, Farah menganggap apa yang terjadi pada ketika ini telah mengubah kehidupannya untuk menjadi lebih baik dan sekaligus menggerakkan hatinya untuk melakukan penghijrahan.

Jelasnya lagi, ketika waktu sebelum COVID-19 dan sibuk dengan kerjaya, dia mengakui banyak terlepas pandang mengenai perihal-perihal kerohanian seperti terlepas dan tidak sempat menunaikan solat ketika di set penggambaran.

Sebenarnya dah lama nak pakai tudung, tapi mungkin Allah tak gerakkan hati lagi waktu itu. Jadi bila duduk di rumah, rasa kosong dan seperti ada hilang sesuatu. Saya rasa, inilah juga yang dirasai ramai selebriti lain yang mengalami kekosongan itu iaitu Allah. COVID-19 sebenarnya membuatkan kita lebih dekat dengan Dia.

Pelakon drama Titian Cinta itu turut berkata dia mula bertaubat selepas menyedari dirinya banyak culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai hamba Allah sedangkan sudah terlalu banyak rezeki dan nikmat diberikan Yang Maha Esa kepadanya.

Tambah Farah lagi, semenjak dia berhijrah memakai hijab, dirinya turut takut untuk melakukan perkara-perkara yang boleh menyumbang dosa seperti mengumpat dan sebagainya.

Dia dalam pada itu turut memuji perubahan rakan baiknya, pelakon Izara Aishah yang kini sudah berhijrah sepenuhnya dan turut mendoakan yang terbaik untuk Izara.

Sejak kebelakangan ini, dunia hiburan kerap disajikan dengan berita penghijrahan rakan artis yang mula bertudung dan menyertai tabligh seperti Siti Elizad, Nana Mahazan dan ramai lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...