“Jiwa Kami Sudah Mati” – Pasangan Pengantin Iraq Trauma, Pindah Dari Kampung Akibat Majlis Kahwin Jadi Punca 100 Tetamu Maut

Dunia

“Jiwa Kami Sudah Mati” – Pasangan Pengantin Iraq Trauma, Pindah Dari Kampung Akibat Majlis Kahwin Jadi Punca 100 Tetamu Maut

Pasangan pengantin yang tular seluruh dunia kerana majlis perkahwinan mereka ‘terbakar’ di Iraq serta telah menyebabkan 100 mangsa menemui maut mengakui berasa trauma yang melampau dan amat mendalam.

Memetik portal Newsky, Revan dan isterinya, Haneen yang terselamat dalam tragedi itu sempat melarikan diri menerusi pintu dapur dewa memaklumkan jiwa mereka sudah ‘mati’ selepas berdepan dengan kejadian ngeri itu.

Advertisement

Kata Revan, mereka berdua tidak mampu tinggal di kampung itu dan tidak boleh mendapatkan kebahagiaan jika terus menetap di situ.

Kami tidak boleh tinggal di sini lagi. Maksud saya, setiap kali kita cuba untuk mendapatkan kebahagiaan, sesuatu yang tragis berlaku dan memusnahkan kebahagiaan itu. Jadi lebih baik kami pergi.

Kami memang ada di hadapan anda, tapi sebenarnya jiwa kami sudah mati.

Terdahulu, majlis perkahwinan gilang-gemilang yang dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai diuji dengan satu kejadian kebakaran sehingga menyebabkan 113 orang meninggal dunia manakala 150 yang lain cedera.

pengantin iraq majlis terbakarSumber : Newsky  

Revan yang menjadi pengantin lelaki diraikan pada hari itu kehilangan 15 ahli keluarga manakala isterinya pula kehilangan 10 ahli keluarga termasuklah ibu dan abangnya.

Bapa Haneen kini berada dalam keadaan kritikal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

terbakar wedding
7 months ago

Lebih 100 Tetamu Maut, Dewan Terbakar Disebabkan 'Flare' Ketika Pengantin Menari - "Takkan Yang Jaga Drone Tak Perasan?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Newsky

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...