Seorang gadis nekad membuat laporan polis setelah mendengar jeritan jiran yang mengadu sakit dipercayai akibat dipukul suami sendiri.
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok itu, gadis tersebut mendakwa kejadian pukul ini sudah beberapa kali berlaku namun dia tidak berani tampil ke hadapan.
Berkongsi dengan lebih lanjut, gadis ini mendakwa si suami naik berang apabila isteri tidak membenarkannya masuk dengan mengunci pintu rumah. Dakwanya lagi, sebelum ini dia pernah melihat sendiri si suami ‘pijak’ isteri tanpa belas kasihan.
Sebagai jiran, dia bertanggungjawab untuk menyelamatkan keadaan walaupun terpaksa menjadi ‘busybody’ dalam urusan rumah tangga orang lain.
Di ruangan komen, orang ramai memberi sepenuh sokongan di atas keberanian gadis ini melaporkan kepada pihak berkuasa. Mereka turut mendoakan semoga urusan si isteri dipermudahkan.