Jiran Dedah Perangai Lima Beradik Abaikan Ibu Bapa Warga Emas Di Kampung

Trending

Jiran Dedah Perangai Lima Beradik Abaikan Ibu Bapa Warga Emas Di Kampung

Pertama sekali ini bukan cerita tentang keluarga aku tapi tentang jiran aku. Ceritanya aku ada jiran suami isteri. Dah tua dah umur pun 80 lebih. Aku panggil Tok Mek dengan Tok Yah. Dah lama sangat berjiran aku anggap macam keluarga sendiri dah. Mereka ada anak lima orang: tiga lelaki dan dua perempuan. Anak mereka semua dah besar panjang dan dah ada keluarga sendiri.

anakderhaka

gambar hiasan

Nak dijadikan cerita Tok Mek ni setiap hari datang lepak rumah aku. Iyalah Tok Yah garang mana boleh borak-borak. Tok Mek tu sunyi sangat. Aku selalu duduk dengan dia. Katanya tengok aku dapat ubat sikit rindu dia kat cucu-cucu dia. Sebak weh, serius anak-anak dia masuk tahun ini dah lima tahun tak balik. Dahlah tak balik, haram nak telefon mak ayah mereka.

Advertisement


Aku ada juga telefon anak-anak mereka sebab Tok Mek kata rindu sangat. Aku pun buat loudspeaker sebab tangan Tok Mek tu tak kuat pegang barang lama-lama. Kamu semua tahu aku telefon semua anak Tok Mek, ada yang tak jawab. Yang jawabnya seorang saja anak lelaki nombor tiga. Tapi aku rasa menyesal telefon sebab buat Tok Mek lagi sedih.

Kesnya Tok Mek tanya bila nak balik? Sihat ke tak? Cucu macam mana? Boleh dia jawab:

Nanti dia balik ah dok leceh apa bising-bising. Reti bahasalah orang sibuk ni banyak kerja nak cari duit bagi makan anak isteri.

Itulah dia, aku rasa nak bunuh saja bila dengar. Tengok mata Tok Mek merah, muka dia pun macam malu kat aku. Aku terus tutup. Perlahan saja Tok Mek kesat air mata. Weh, kalau kamu semua tengok pun sedih wajah tua menangis pilu sampai gila hati buat macam tu.

Walaupun Tok Yah garang tapi aku kacip molek dengan dia setiap hari puji kata aku cantik. Tok Yah selalu bagitahu aku jangan layan sangat kalau Tok Mek tu mintak telefon ke apa tapi manalah sampai hati aku. Seorang ibu kan.

Tok Mek ngan Tok Yah ni ada penyakit jadi tiap bulan kena pergi hospital untuk pemeriksaan. Jadi aku hantar setiap bulan takkan nak biar naik teksi, mata pun tak berapa jelas dah. Bila doktor tanya nak cakap dengan keluarga terdekat akulah yang pergi. Tok Mek akan kata aku cucu sah dia. Tok Mek ada darah tinggi kalau banyak fikir, tak bangunlah dua tiga hari. Tok Yah memang tak larat dah nak kerja jadi tiada pendapatan. Hanya harap derma yang diberi orang ramai. Mak setiap hari hantar lauk, setiap hari juga Tok Yah marah mungkin sebab malu. Tetapi marah-marah manja saja.

Aku setiap hari bersihkan rumah Tok Mek. Kalau korang tengok pun sedih tiada apa pun dalam rumah tu. Yang ada gambar anak-anak dia yang tak guna semua. Pernah satu hari darah tinggi Tok Mek naik sampai demam tiga hari tak bangun. Aku risau jadi aku pun telefon anak-anak dia. Seorang pun tak angkat, aku hantar teks tak jawab. Mungkin kerana mereka simpan nombor aku kot. Lepas ni nak telefon pakai telefon awam saja. Aku telefon bukan nak minta duit mereka, cuma nak beritahu emak mereka sakit. Aku satu keluarga mampu lagi jaga mak ayah mereka. Anak-anak semua kerja bagus gaji besar tapi lima sen tak mampu nak beri pada mak ayah.

Lima tahun lepas, kali terakhir mereka balik aku ada saja kat dalam rumah mereka borak ngan Tok Yah. Aku rasa macam nak sepak muka anak-anak dia. Boleh mereka jadi anti-sosial. Balik semua menghadap telefon. Tok Mek macam tunggul kayu. Duduk senyum ketawa seorang, sukanya hati tengok anak balik. Tapi anak-anak mereka? Hmm aku tak pernah jumpa anak-anak derhaka macam mereka. Tok Mek selalu peluk mak aku sambil menangis. Dia cakap dia tak nak duit, dia tak nak barang kemas. Cukup telefon tanya khabar sebulan sekali pun tak apa. Aku bila dengar menangis sebab tak sampai hati sangat.

Tok Yah pernah suruh aku hantar mereka ke rumah orang-orang tua. Tapi mak tak beri sebab dah terlalu rapat. Masa raya saja aku tak balik kampung pun sebab kalau balik sapa nak jaga Tok Mek ngan Tok Yah. Aku dengan adik-beradik bergilir tidur rumah mereka takut apa-apa terjadi. Bukan nak mengungkit tapi aku cuma nak tahu mana tanggungjawab anak anak mereka? Bukankah ini tanggungjawab anak-anak mereka? Ada satu saja mak dan ayah takkan tak boleh nak jaga? Susah sangat ke nak jaga? Kalau empat tangan tua tu boleh jaga kamu semua lima ekor takkan kamu semua tak boleh lakukan perkara sama?

Aku tak kisah yang anak perempuan kahwin ikut suami. Suami pun kerek semacam tak bagi balik. Mereka kena patuh ikut telunjuk suami. Yang anak jantan tu takut isteri ke apa? Isteri muka serupa momok solek tebal-tebal. Tak lama pun mak ayah kamu semua ni ada. Ingat sikit sapa yang angkat kamu semua hingga berjaya begini. Belajar tinggi sampai ke bulan pun buat apa kalau tak berkat?

Kemudian aku adalah follow Facebook mereka. Walaweh bahagianya mereka. Boleh kumpul sesama adik-beradik setiap kali raya ibarat mak pak sudah mati. Bila Tok Mek nak tengok aku rasa berat hati saja sebab tak nak Tok Mek menangis lagi. Tak nak rosakkan mood raya dia. Aku cakap saja mereka tak ada Facebook. Kamu semua tahu, mereka berkereta besar besar, baju saja mungkin RM 300 sehelai. Enjoy sakan. Lupa ada mak pak tua di kampung.

Tok Yah dah lama tawar hati siap tak mengaku anak-anak lagi. Dia kata pada aku mungkin salah dia jadi semua ni. Biar mereka jawab sendiri dengan tuhan. Raya ni aku ngan adik beradik aku bawak Tok Mek ngan Tok Yah jalan jalan pusing pusing beli barang makan makan. Sekadar menghiburkan hati tua, walaupun aku tahu apa yang aku dan adik-beradik aku buat tak cukup untuk hilangkan rasa rindu mereka pada anak-anak mereka. Aku rasa nak mention saja Facebook anak-anak mereka tapi tak baik bukak aib orang kan.

Jadi harapnya anak anak mereka baca, fikir guna otak bodoh kamu semua. Jangan nanti mak pak kamu dah tak buka mata baru nak terpekik terlolong nak gali-gali kubur minta maaf. Kalau kamu semua tak sedar-sedar juga aku doakan kamu semua tenggelam dalam kemewahan yang kamu semua megah sangat. Dasar anak tak guna.

– Jiran hang

Sumber: IIUMC

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...