Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita meluahkan rasa sedih dan tidak puas hati apabila keretanya habis rosak akibat terkena isi sampah yang dibuang oleh penghuni dari tingkat atas sebuah flat.
Dalam hantaran video tersebut, pemilik kereta Proton Preve itu terpaksa mengeluarkan belanja lebih RM600 bagi membaiki cermin belakang yang pecah selain mencuci kembali keretanya yang dipenuhi sampah sarap.
Difahamkan, ia bukanlah disebabkan perbuatan khianat namun mungkin disebabkan oleh sikap penghuni flat itu sendiri yang tidak bertanggungjawab meskipun sudah disediakan tong sampah besar buat penduduk untuk membuang sampah.
Kata wanita itu, dia berkongsi rakaman video itu kerana mahu menyedarkan orang ramai agar sentiasa mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri dan ‘common sense’ agar tidak menyusahkan orang lain.
Saya bukan mahu buat kecoh pun, cuma nak sebarkan kesedaran. Kalau jatuh kena kereta boleh baiki. Kalau kena dekat orang?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan wanita itu agar membuat laporan polis terhadap badan pengurusan flat yang terang-terang tidak menjaga keselamatan penduduk di kawasan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.