Jiran Buat Bising? Laporkan Sahaja Pada Polis

Trending

Jiran Buat Bising? Laporkan Sahaja Pada Polis

Hidup berjiran sememangnya kita perlu bertolak ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Tetapi keadaan menjadi sukar dan tertekan apabila ada jiran tetangga yang tidak memahami dan selalu membuat bising tanpa menghiraukan jiran-jiran yang lain.

Advertisement

Anda mesti pernah rasa tertekan dan tak tahu bagaimana nak hadapi situasi seperti itu kan? Kalau ditegur, takut timbul pergaduhan pula.

Tahu tak sebenarnya sesiapa yang membuat bising dan mengganggu orang lain merupakan satu kesalahan jenayah?

Ya betul!

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kediaman yang tidak menyenangkan kerana bunyi bising yang keterlaluan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Pihak polis tidak menyarankan anda bertindak mengikut perasaan dan mengambil tindakan sendiri jika jiran anda membuat bising, takut anda pula yang akan didakwa.

Anda perlu laporkan bunyi bising atau gangguan yang dihadapi kepada pihak polis dan merea akan menjalankan tugas.

Jika disabitkan kesalahan, mereka yang membuat bising akan didenda tidak kurang RM 100. Banyak benda anda boleh beli tau dengan nilai tu!

Ramai rupanya netizen yang hadapi situasi seperti ini:

Jadi sama-samalah kita menghormati dan menjaga ketenteraman di kawasan kejiranan supaya tidak mengganggu orang lain.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...