Jipaban, Membeli Belah Secara Online Dengan Mudah, Pantas dan Selamat

Hiburan

Jipaban, Membeli Belah Secara Online Dengan Mudah, Pantas dan Selamat

Satu hari Abang Nara terfikir ingin hadiahkan Maxi Dress kepada tunang tersayang. Maka Abang Nara pun “google”lah Maxi Dress.

jipaban

Advertisement

Ada lebih kurang 2 juta 6 ratus ribu hasil search yang keluar. Memang banyak pilihan yang ada. Maka Abang Nara pun tekanlah salah satu link yang ada di situ. 10 minit selepas itu, Abang Nara tengok tab Google Chrome Abang Nara dah ada dekat 10 tab website yang berkaitan Maxi Dress.

Selepas 1 jam, barulah Abang Nara sedar kesilapan yang telah dilakukan. Nak cari sehelai Maxi Dress tapi masa yang dibazirkan terlalu banyak. Ini tak sepatutnya berlaku. Abang Nara nak sesuatu yang mudah dan cepat. Terlalu banyak kelemahan website-website yang Abang Nara temui semasa mencari sehelai Maxi Dress ini. Antaranya:-

1. Gambar/Imej yang terlalu kecik
2. Rekaan website/blog yang tak professional
3. Pilihan yang terlalu sedikit
4. Sistem pembayaran yang melecehkan
5. Takut nak beli sebab risau barang tak sampai.

Cari punya cari akhirnya Abang Nara terjumpa Jipaban, sebuah shopping mall online yang boleh di”customize” sesuka hati mak ayah kita.

jipaban

Design Jipaban sangat simple, kemas dan menarik.  Gambar barangan yang dijual kesemuanya besar-besar belaka. Pilihan kedai yang banyak.  Sistem pembayaran yang mudah iaitu menggunakan Paypal, kredit kad dan internet banking.  Dan semestinya rasa yakin yang barang kita order  akan terus sampai ke depan pintu rumah.

Paling menarik bagi Abang Nara ialah fungsi  Jipaban yang memberi pelanggannya untuk mem”bookmark”  kedai@mall kegemaran mereka. Cuma perlu “drag and drop” sahaja.  Bila dah “bookmark” tak perlu susah-susah lagi nak mencari kedai yang kita nak.  Masuk-masuk je dah ada kat front page. Tapi pastikan anda sign up dulu untuk membolehkan penggunaan fungsi ini.

jipaban

Dan Jipaban dah “bookmark”kan  2 kedai@mall untuk anda semua apabila anda sign up dengannya.. Kedai tersebut ialah Myfavouritees dan Quirky Brown Cow.  Abang Nara dah ushar kedua-dua kedai tersebut dan produk mereka memang mantap-mantap belaka. Myfavouritees ada T-Shirt yang unik dan Quirky Brown Cow ada jual brooch dan dress yang comel-comel. Sesuai sangat untuk dihadiahkan kepada awek-awek anda.

jipaban

Di Jipaban juga disediakan integrasi dengan Facebook dan Twitter. Fungsi ini sangat-sangat berguna terutamanya apabila hari jadi anda sudah dekat. Apabila anda add sesuatu barangan sebagai “Wishlist” di Jipaban, maka wishlist tersebut akan terpampang di Facebook anda. Kemungkinan besar kawan-kawan anda yang baik hati akan ternampak status tersebut dan membelikan barangan tersebut sebagai hadiah hari jadi. Satu idea yang sangat bijak untuk mendapatkan hadiah kegemaran anda.

jipaban

Jipaban BUKAN satu blog shopping mall yang bersepah di dunia internet sekarang ini. Jipaban adalah shopping mall anda. Kelebihan Jipaban bukan sahaja pada beratus-ratus pilihan barangan yang anda tetapi juga keupayaan untuk di”customize” mengikut kehendak anda. Di Jipaban, segalanya mudah, selamat dan pantas.

jipaban

Oh ya, kalau anda seorang penjual, Jipaban kini menawarkan diskaun sebanyak 75% selama 6 bulan untuk membuka kedai anda sendiri di Jipaban. Paling best, anda tak perlu tahu apa-apa tentang membuat website, promosi ataupun pengurusan jual beli. Anda cuma menyewa di Jipaban, upload produk anda dan bab-bab lain semuanya akan diuruskan oleh Jipaban.

Tunggu apa lagi, serbu Jipaban sekarang sebelum servernya hang!!!(dah hang dah pun tengah hari tadi)

P.S: Love Bonito, blogshop yang paling besar di Singapura pun ada kat Jipaban nie.  Jika anda seorang wanita, sila teruja sekarang jugak!!!

P.P.S: Sila follow Twitter Jipaban dan Facebook Jipaban untuk lebih info.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...