June 21st, 2012

Ego atau mahu menegakkan kebenaran? Hanya Jimmy Shanley yang tahu jawapannya apabila menolak ajakan isterinya, Suhaila untuk menyelesaikan kes penceraian mereka secara baik. Ini semua dilakukan oleh Suhaila kerana memikirkan masa depan anak mereka berdua.

jimmy shanley

Kata Suhaila kepada wartawan Mstar Online:-

Saya tidak mahu lagi kes kami berdua berpanjangan dan saya telah berjumpa dengan Jimmy untuk menyelesaikan masalah kami berdua secara berhemah. Saya juga menjelaskan, mungkin saya dan dia sudah tiada jodoh dan berharap kami dapat berkawan baik demi kepentingan anak yang bakal berusia setahun pada 24 Jun ini.

Malah menurut Suhaila, Jimmy hanya sekali dua menjenguk anak mereka sedangkan Suhaila tidak pernah menghalang bapa kepada Zahrah itu untuk datang ke rumah mereka. Nasib baik ibu Suhaila sering membawa Zahrah bertemu Jimmy untuk memastikan Zahrah mendapat kasih sayang seorang ayah.

Sukar untuk Abang Nara buat kesimpulan kerana hanya Jimmy dan Suhaila sendiri yang tahu masalah sebenar rumah tangga mereka. Kita sebagai peminat hanya mampu berdoa agar permasalahan mereka dapat diselesaikan secepat mungkin tanpa menjejaskan masa depan anak mereka. Amin~~


94 responses to “Jimmy Shanley Tolak Ajakan Suhaila Untuk Selesai Kes Secara Baik”

  1. Anonymous says:

    Apa punya bini ketegaq bijik. Hang buat laki hang macam sampah! Sampai serabut hidup Jimmy hang kerjakan..Nanti la balasan Allah. Takdak makna hang pi umrah kalau tak dapat restu suami..apa la..Kalau Jimmy pernah buat salah pun, tak bolehkah hang maafkan dan layan dia selayaknya sebagai seorang suami. Allah mengangkat darjat seorang suami dalam rumahtangga..hang tak boleh cium syurga tanpa kalau suami hang marah kat hang..Mak bapak hang tak hantaq hang p kelas agama ka masa kecik2 dulu.tak tau ka hukum seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami? Asiah isteri firaun pun sabaq dengan perangai laki dia, sbb dia nak dapat keredaan Allah tau. Aku percaya, kalau Jimmy zalim kat hang pun tak la seteruk firaun. Tak boleh ka hang maafkan dia dan bertolak ansur dgn laki hang. hang tak sesian ka dekat anak hang. Buang je la ego hang tu..depan suami tak payah nak ego sangat la.dia pun bapak kpd anak dara hang juga. Ish!! apa yang aku meletiaq ni..marah sangat kat suhaila ni..buat maku orang kedah saja!!!

  2. Anonymous says:

    sebagai anak, kalau macamana jahat mak pun, nak duduk ngan mak jugak selagi dia xjahat dan melayan aku dengan baik. takut la duduk dengan bapak yg psiko dan baran yg boleh pukul wife sehingga menyebabkan kesakitan walau pun wife teruk tapi jelas ketara sifat baran sombong dan angkuh itu.
    sebagai wanita, isteri yg teruk macamana kalau dapat suami baik soft-spoken biasanya jadi lembut hati utk patuh melainkan cara suami yg bossy dan nak menunjukkan kuasa dia akan menggalakkan isteri utk melawan sebenarnya, kalau suami ingat cara bossy dan baran itu menakutkan dan seterusnya menundukkan isteri silapla.sebab isteri itu manusia yg ada harga diri mahu dihormati dan ditegur dan dilayan dgn berhemah bukan dilayan seperti budak2. budak2 pun xnak ikut kalau kita suruh dan larang dgn cara kasar, sebab mereka ada ego jugak, bila cakap lembut dan puji serta bagi kredit senang saja nak urus. sejak husband berlembut dengan anak, anak lebih dgr kata dia. apa yg penting sabar, masalah lebih cepat selesai walau ada ketensenan, bila kurang sabar, masa menyelesaikan masalah lebih lama dan prosesnya juga lebih tegang dan tidak bagus effectnya utk masa depan, mungkin ini berkaitan keberkatan. Paling penting sebagai suami, jgn ego dgn anak isteri. kekasaran xkan menang, berlemah lembutlah, kelak kehilangan anda tiada gantinya. Kalau nak orang menyesal meninggalkan anda, hanya kenangan baik dan manis saja berjaya. kenangan kasar hanya membuatkan orang bersyukur walau betapa susah pun hidup dilalui tp pasti itu lebih baik daripada terus hidup bersama orang yg kasar.

  3. Anonymous says:

    sakit jiwa ker mamat ni? ko kata isteri ko teruk, ko dendam sampai ke sudah. ko pun sama jer teruk. harap mak suhaila fight utk hak penjagaan baby, jangan lepas dekat jimmy dan bagitahu yg suhaila sudah berubah demi anak

  4. PSM says:

    aku rasa jimmy ada rasa dendam di hati , tu sebb dia tak nak dah toleh ke belakang.
    Dulu ajak bincang wife yang tak nak……so…bila bawak kat mahkamah..dah terbuka semua pekung baru nak bincang..

    rasa jimmy pun dah tawar hati ni wife dia ni…tapi nak bagi pengajaran…islam bukan main2…kahwin cerai bukan main-main…dan nak sedarkan kat wife dia…kuasa seorang suami…

  5. MK says:

    owh bila bisnes dah nak jatuh…baru ingat nak berbaik ye…kalo aku jadi jimi aku tak kan berbaik …alang2 dah masuk mahkamah teruskan jek…biar habis tembelang keluarga huruhara datok kosmetik nih tersembul…aku cukup menyampah dengan orang2 kaya yg tak takut pada perintah Allah…sekian…

Loading...