June 10th, 2012

Selepas sekian lama berdiam diri, bapa mertua kepada Jimmy Shanley, Datuk Suhaimi hari ini telah muncul di dalam rancangan Melodi untuk memberikan kenyataan mengenai pergolakan rumah tangga yang berlaku di antara Jimmy dan anaknya, Nursuhaila.

jimmy

Banyak kata-kata pedas yang dilemparkan oleh Datuk Suhaimi terhadap Jimmy. Namun begitu, ada kebenarannya juga kata-kata Datuk Suhaimi. Kalau sudah tak sudi, ceraikanlah sahaja. Jangan jaja pelbagai cerita seolah-olah gilakan publisiti. Antara kata-kata Datuk Suhaimi ialah:-

Sebelum ini, memang I tak pernah keluarkan kenyataan kes Jimmy dan anak I yang dah setahun lebih berlaku. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy. Dah sampai masa I tampil berikan kenyataan yang mana Jimmy I rasa dah tak layak menjadi menantu I kerana banyak yang dia buat tuduhan memburukkan anak I.

Anak I dah pun failkan perceraian, jadi kalau dia dah banyak burukkan isteri dia, tak guna dia memperisterikan anak I lagi. Jadi, lepaskan sahajalah anak I. Kalau dia tak lepaskan seolah dia adalah lelaki yang dayus

dff
Malah Datuk Suhaimi memberitahu pihak Melodi yang Jimmy tidak mengambil tahu langsung tentang anaknya dan Suhaila. Bil bersalin pun tidak dijelaskan oleh Jimmy.

Nak ambil berat apa. Ini satu lagi masalah. Dia pernah keluarkan kenyataan yang isteri dia tak memberitahu dah melahirkan anak. Kalau tak diberitahu isteri dia dah pun lahirkan anak, macam manakah dia boleh membawa krew TV datang ke hospital untuk shooting gambar anak dia? Bil bersalin pun tak dibayar walaupun kita tak harapkan pun. Tapi dia memang tak bertanggungjawab. Bagi I, dia tak layak jaga cucu I

Datuk Suhaimi sempat menasihati Jimmy agar menerima qada dan qadar yang jodoh antara dia dan Suhaila sudah tidak ada daripada terus menerus mencanang kisah buruk tentang rumah tangganya sendiri. Hmmmm. Ada benarnya juga kata-kata Datuk Suhaimi ini. Apa kata anda?


179 responses to “Jimmy Shanley Tak Layak Jadi Menantu Saya – Datuk Suhaimi”

  1. Ajajaja says:

    Datuk Suhaimi tu bapak yang bodo. Ko islam ke x?? Anak perempuan jadi munafik, pastu sokong lg. Dah nama datuk, rasenyer minum arak, main pompuan ngan judi tu biase bagi die. Sebagai bapak, bukan patut sokong cerai, tp betul kan la anak ko tu ke jalan yang benar.

  2. dah2 la korg..x baik la korg dgr sebelah pihak je..maybe datuk ni kot kurang didikan agama pada anak dia..main judi pulak tu..jimmy pun sama..ceraikan je la isteri tu..bapak mentua ko mmg dari dulu lagi x restu ko kahwin dgn anak dia…suhaila tu kan anak manja..mmg datuk dan datin muniroh x pernah jentik anak dia sekali pun..maklumlah anak org kaya…

  3. kiki says:

    jenis jantan mulu cepat tangan cepat…..korang sokonglah jimi tuh, tak boleh ker mula dari kisah isteri dia tak balik rumah dia tak bawak perkara ni dalam siaran tv, pg settle elok elok….memeang jenis tak ayak jadi menantu sesape

Loading...