Jimmy Shanley Tak Layak Jadi Menantu Saya – Datuk Suhaimi

Hiburan

Jimmy Shanley Tak Layak Jadi Menantu Saya – Datuk Suhaimi

Selepas sekian lama berdiam diri, bapa mertua kepada Jimmy Shanley, Datuk Suhaimi hari ini telah muncul di dalam rancangan Melodi untuk memberikan kenyataan mengenai pergolakan rumah tangga yang berlaku di antara Jimmy dan anaknya, Nursuhaila.

jimmy

Advertisement

Banyak kata-kata pedas yang dilemparkan oleh Datuk Suhaimi terhadap Jimmy. Namun begitu, ada kebenarannya juga kata-kata Datuk Suhaimi. Kalau sudah tak sudi, ceraikanlah sahaja. Jangan jaja pelbagai cerita seolah-olah gilakan publisiti. Antara kata-kata Datuk Suhaimi ialah:-

Sebelum ini, memang I tak pernah keluarkan kenyataan kes Jimmy dan anak I yang dah setahun lebih berlaku. Banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Jimmy. Dah sampai masa I tampil berikan kenyataan yang mana Jimmy I rasa dah tak layak menjadi menantu I kerana banyak yang dia buat tuduhan memburukkan anak I.

Anak I dah pun failkan perceraian, jadi kalau dia dah banyak burukkan isteri dia, tak guna dia memperisterikan anak I lagi. Jadi, lepaskan sahajalah anak I. Kalau dia tak lepaskan seolah dia adalah lelaki yang dayus

dff
Malah Datuk Suhaimi memberitahu pihak Melodi yang Jimmy tidak mengambil tahu langsung tentang anaknya dan Suhaila. Bil bersalin pun tidak dijelaskan oleh Jimmy.

Nak ambil berat apa. Ini satu lagi masalah. Dia pernah keluarkan kenyataan yang isteri dia tak memberitahu dah melahirkan anak. Kalau tak diberitahu isteri dia dah pun lahirkan anak, macam manakah dia boleh membawa krew TV datang ke hospital untuk shooting gambar anak dia? Bil bersalin pun tak dibayar walaupun kita tak harapkan pun. Tapi dia memang tak bertanggungjawab. Bagi I, dia tak layak jaga cucu I

Datuk Suhaimi sempat menasihati Jimmy agar menerima qada dan qadar yang jodoh antara dia dan Suhaila sudah tidak ada daripada terus menerus mencanang kisah buruk tentang rumah tangganya sendiri. Hmmmm. Ada benarnya juga kata-kata Datuk Suhaimi ini. Apa kata anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...