Pejam celik pejam celik sudah 5 bulan usia kandungan Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy. Satu perkara yang Abang Nara respek dengan Jimmy Shanley ini ialah permasalahan rumah tangganya dijaga rapi. Tak terkeluar langsung punca sebenar keretakan rumah tangga mereka. Sampai sekarang semua orang masih tertanya-tanya punca sebenar pertikaian antara Jimmy dan isterinya.
Untuk mereka yang tidak tahu, Jimmy Shanley dan isteri sudah tidak tinggal sebumbung selepas 20 hari bernikah. Yang terbaru, Jimmy telah memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz. Semua ini dilakukan demi anak di dalam kandungannya. Satu langkah yang baik kerana bercerai atau tidak, anak tersebut tetap memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.
Kepada Jimmy, Abang Nara doakan agar permasalahan ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Anggaplah ini satu dugaan dan cabaran dalam hidup. Teruskan hidup demi anak di dalam kandungan itu. Abang Nara doakan agar anda berdua tidak bercerai sebaliknya kembali hidup bersama dan bahagia untuk selama-lamanya.