Walaupun Nursuhaily, isteri Jimmy Shanley dikhabarkan tengah mengandung sekarang, nampaknya hubungan antara mereka berdua ibarat telur di hujung tanduk. Khabarnya Jimmy dan isteri kini tidak tinggal sebumbung lagi. Masing-masing tidur tempat lain. Sedihnya baru-baru kawin dah kena tidur asing. Tekanan perasaan tue beb!
Katanya punca kemelut rumah tangga mereka berlaku ialah apabila si isteri terpengaruh dengan kata-kata fitnah yang kononnya Jimmy mengahwininya hanya kerana mahukan harta. Untuk pengetahuan, keluarga sebelah perempuan ialah jutawan produk Natasya. Sebab itulah bini si Jimmy Shanley nie putih melepak semacam je.
Buat masa ini, Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakalah si isteri tinggal di Sungai Buloh,rumah family. Disebabkan rumah isteri Jimmy Shanley nie dekat dengan rumah kami, nanti kami akan try ushar-ushar kot-kot boleh dapat maklumat baru. Mana tau tiba-tiba terserempak dengan bini  Jimmy Shanley masa tengah shopping kat The Store, Sungai Buloh.
Pengajaran yang kita boleh ambil dari kisah Jimmy Shanley dan isteri ini ialah, kata-kata nista dan fitnah dari orang luar itu memang sangat merbahaya. Maka jadilah pasangan suami isteri yang tabah dan buat derk dengan apa kata orang lain. Rumah tangga kita buat apa nak percaya cakap orang lain kan? Sekian pesanan di hari Jumaat.