May 8th, 2012

Terkejut sungguh Abang Nara membaca perkembangan kes mahkamah Jimmy Shanley dan isteri di Sinar Harian semalam. Jimmy memberitahu mahkamah yang isterinya Nursuhaila Eliani Suhaimy mengaku mengandung anak luar nikah dan mengugut mahu menggugurkannya jika kandungan itu benar anak Jimmy.
jimmy shanley
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Shah Saleh, 31, berkata, Nursuhaila membuat pengakuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada petang 24 Januari 2011 selepas dia menegur isterinya itu, yang didapati masih berjudi.

SMS daripada isterinya yang diterima oleh Jimmy Shanley berbunyi:-

Kalau I mengandung pun confirm anak you ke? Ni Mr Jimmy, I dah buanglah anak you tu kalau I mengandung.

Jimmy kemudian membalas SMS tersebut dengan bertanya anak siapakah yang dikandungi. Kemudian isterinya membalas:-

Anak haram. Mampus pi lah anak siapapun. Ada aku kisah

Jimmy antara lain memberitahu sudah banyak kali memberikan nasihat kepada Nursuhaila berhubung perkahwinan mereka. Malah katanya, Nursuhaila pernah bertindak keluar rumah dan hilang selama 16 hari sebagai protes dengan teguran bapa sendiri mengenai rumah tangga mereka.

Dia juga memberitahu ada menghantar SMS merayu isterinya berubah dan meminta ampun kepada ibu bapa. Pada prosiding hari ini, Jimmy mengemukakan lima alasan utama kenapa dia mendakwa isterinya nusyuz. Menurutnya, Nursuhaila mungkir janji sebelum bernikah iaitu berjudi semula; menghilangkan diri selama 16 hari; bercuti di China tanpa izinnya; mendakwa anak yang dikandungkannya sebagai luar nikah dan mengugut mahu menggugurkan kandungan jika mengandungkan anaknya.

Makin lama makin banyak perkara yang didedahkan oleh Jimmy. Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera.


216 responses to “Jimmy Shanley Dakwa Isteri Akui Mengandung Anak Luar Nikah”

  1. ardie says:

    Sian laa kat mak bapak Suhaila tu..mgkin didik ngan harta sje x ckup kalo x lengkap skali ngan iman mutiara.. orait gak si Jimmy tu sudi gak m’peristerikan si Suhaila tu..ada gak usaha utk upgrade sikap wife..cobaan demi cobaan..kata org nk tarik manusia ke jln neraka amatlah mudah byk short cut.. nak tolak manusia ke jln syurga punye la susah..stengah2 tu rela amik u-turn.. smoga ada jua sinar bahgia buat mereka nanti sbelum tibanya ajal dijemput Illahi….

  2. ardie LA says:

    Sian laa kat mak bapak Suhaila tu..mgkin didik ngan harta sje x ckup kalo x lengkap skali ngan iman mutiara.. orait gak si Jimmy tu sudi gak m’peristerikan si Suhaila tu..ada gak usaha utk upgrade sikap wife..cobaan demi cobaan..kata org nk tarik manusia ke jln neraka amatlah mudah byk short cut.. nak tolak manusia ke jln syurga punye la susah..stengah2 tu rela amik u-turn.. smoga ada jua sinar bahgia nanti sbelum tibanya ajal dijemput Illahi….

  3. anonymous82 says:

    Hmmmm…tp kan…tak silap pernah dgr melodi interview d wife…dia mcm cakap slang kelantanese…tp nape sms dia bunyi utara plak?…ke salah dgr dlm tv aritu

  4. fara says:

    salah sorg yg tolong menyebarkan berita yg kurang elok ni pd khalayak ni abg nara lah.. dibaca pula oleh kite2 yg suke gosip ni.. sama2lah kita menambah dosa kutuk-mengutuk ni yer..

  5. Lols says:

    Dosa wartawan yg buat cerita ni.. Kejar sensasi jer tau. Highlightkan part suhaila ngaku mengandung anak haram, tp tak highlightkan statement jimmy yg mengaku zahrah tu anak dia. So korang tak payah nak pertikai status anak tu, dia mmg anak jimmy.
    Dan jimmy bukan sengaja buka pekung di dada, tpp mmg dah rutin dlm mahkamah utk korek semua benda. Tak salah pon jimmy dakwa isteri nusyuz, sbb itu pandangan dia. Tugas mahkamah utk tentukn betul atau tidak suhaila tu nusyuz. Yg salah bg aku tetaplah si wartawan yg sibuk dgn tepi kain org. Bukankah jimmy dah mohon utk buat perbicaraan trtutup dulu supaya benda aib ni tak diketahui umum? Camna wartawan boleh dapat? Tak halal ja pendapatan korang para wartawan oooi sbb buat benda tak betul.

Loading...